12.11.10

Tentang Hidup dan Makan


Ada orang suka makan
Ramai orang suka makan
Macam semua orang suka makan

Ada orang mahu sihat
Ada orang tak mahu sakit
Ada orang mahu sentiasa segar

tak ramai orang suka makan berkhasiat.
sayur,buah,beras perang..siapa yang suka?

Ramai orang suka makanan yang mereka rasa bagus untuk menghilangkan kenyang.
Lemang,nasi dengan sambal tumis+telur masin+ikan kering+kari kepala ikan,nasi lemak,roti canai,teh tarik..
sudah menjadi makanan rasmi Malaysia agaknya,setiap pagi kalau tak kena rroti canai dan teh tarik tak di kira orang Malaysia.

Betul,aku setuju.

Memang itu yang terbaik. 'Nasi lemak sambal lebih ye makcik,nak lauk kerang.' Sudah dapat macam kene dadah, macammahu lagi dan lagi.

Tapi itu semua mainan minda, orang makan oat setiap pagi pun rasa tak senang kalau tak dapat sekali. Mesti nak makan oat lagi dan lagi..memang tak boleh berhenti.

Ada orang cakap 'kau makan makanan bekhasiat pun nanti kene sakit jugak..'

Betul, aku setuju.

1) makan makanan berkhasiat kita sakit juga
2) makan makanan tak berkhasiat kita sakit juga.

jadi mana yang kau pilih?

1)kalau sakit kau makan ubat, belum tentu pulih.
2)kalau sakit kau tak makan ubat, belum tentu pulih.

sudah pasti kau akan jumpa doktor minta ubat, paling tidak pun MC untukkau berehat di rumah sebagai salah satu ubat. Tidak di hairankan kalau hospital sentiasa penuh dengan orang dan manusia yang mencari penawar untuk segala jenis penyakit.

jadi dari awal kenapa pilih yang tidak berkhasiat sedangkan sementara sihat masih ada masa untuk berfikir untuk ke arah lebih sihat..

umur,ajal maut memang kita tak tahu. Tapi sudah menjadi tanggungjawab kita menjaga fizikal kita yang di amanahkan.

ingat,tubuh ini bumi yang punya,satu hari nanti bumi akan tuntut semula.

28.9.10

hamba



sejak jumaat lalu sampai ke hari yang belum tentu, berdebar gila!disitulah bermula hala tuju, kalau sudah ada rezeki, insyaAllah..kalau sudah tiada disitu, maka aku pasti rezeki milikNya..

kita cuma hamba yang hari hari perlu mengemis dari yang mencipta (sepatutnya)
tapi dengan bongkak sombong kita selalu lupa
sedangkan yang wajib ditinggal tinggalkan
di layan mata mengantuk sampai matahari tinggi menegak
direhatkan penat lelah kononnya beraya sakan

kita lupa kita punya senjata
kita lupa berdoa pada yang esa
sedangkan berdoa tidak seperti kita hamba
berdoa seperti membaca
mengamin doa yang panjang berjela tapi langsung tak tahu apa
berborak tertawa sedang imam berlinangan air mata
tak seperti pengemis yang mengharap setiap yang lalu menghulur sesuatu, dengan muka sedih langsung tak berdaya mengharapkan sesuap nasi.

mujur kita masih hidup
di beri peluang untuk kembali
tapi entah nafas mana nanti yang akan terhenti
tertutup semua pintu rezeki
tertutup semua pintu taubat

mujur, masih ada peluang untuk kita berhidup.

9.8.10

To all mum-to-be

Dipetik dari Ummu Sulaim binti Sazaly

Assalamualaikum semua..
Nampaknya sekarang ramai yang sedang berbadan dua, tak lupa juga yang sedang berbulan madu, juga yang sedang merancang untuk hari bahagia.. Salam dari kejauhan buat kalian, lamanya kita tidak mendengar khabar berita :)

Di sini, saya bukanlah hendak memberikan tips untuk mereka yang mengandung, tetapi lebih kepada kata-kata peransang (hopefully) yang diambil dari pelbagai sumber.

Mungkin sesetengahnya ,masih baru di alam perkahwinan, mendapat berita akan bakal cahaya mata yang sedang aman di dalam rahim. Tenang, lena di dalam pelukan rahim ibu, tanpa mengetahui ibu sedang 'melayan' loya sehingga makan pun tidak lalu,muntah yang selalu, emosi yang tidak menentu. Mujurlah ada suami tempat mengadu. Tidak mahu masak, sbb tidak tahan bau,suami tersenyum menahan lucu isteri yang mengadu, dan diterimanya, lantas berusaha membeli makanan (or mungkin masak sendiri), memujuk isteri menjamah mknn sesuap sudu, supaya dirinya tidak lemah, walaupun sebenarnya isteri bukan tidak mahu, tetapi tau lepas jamah, sinki lah tempat dituju. Maha suci Allah, membantu kita (isteri) melalui detik-detik ini dengan suami yang sentiasa di sisi.

Jika kaki bengkak, ada suami yang tolong urutkan. Jika tidak lalu makan, ada suami yang tolong suapkan. kadang-kadang merengek tiada tujuan, pun ada suami yang tolong pujukkan. Jika ke tempat kerja, ada suami yang tolong hantarkan. Allah kirimkan pertolongan melalui suami kita yang tercinta, menjadikan kita kuat. Bersyukurlah.

Ada juga bakal ibu yang kasihkan anak di kandung, melalui tempoh loya dan lemah, sama seperti ibu yang lain, tetapi masih gagah memasak utk suami, walaupun setiap kali tercium bau nasi yang ditanak, sinki la tempat tujuan. Masih berdaya walaupun tidak makan, kerana keluhannya suami menjadi tidak keruan, membawa diri mengubat hati sendiri. Tidak mengapalah, suami keluar mencari makan sendiri kerana isteri tidak mampu utk masak pada hari ini. Isteri masih berdaya, masih tiada bengkak di kaki (atau buat-buat tiada?), walaupun seharian berjalan mencari rezeki. Maha suci Allah,beruntungnya dirimu, Allah memberi pertolongan terus melalui setiap darah yang mengalir dalam dirimu. Tidak perlu pembantu untuk meleraikan hatimu yang emosinya tidak menentu, tidak perlu pembantu untuk mengurut kakimu, tidak perlu pujukan suami untuk memberi ketabahan hatimu, kerana Allah terlebih dahulu membantumu, melalui setiap urat nadi dirimu sendiri, menjadikan dirimu kuat. Bersyukurlah.

Ada kisah ibu rahimnya tidak kuat, selalu berlaku pendarahan, tidak boleh mengangkat yang berat-berat, nanti memberi kesan pada kandungan, tetapi lihatlah cara Allah membantu ibu itu. Biasanya di sampingnya terdapat suami yang sangat prihatin. Ada ibu mertua/ibu/pembantu yang prihatin. Memelihara dan menjaganya. Allah tetap akan membantu seorang ibu.

Ada pula kisah ibu yang perlu melakukan kerja yang berat (jauh berjalan, berat kan bg ibu mengandung?), kerana kasih pada suaminya, pada anaknya, tidak betah melalui hidup yang penuh mehnahnya, sendiri. Wahai ibu, Allah membantu dirimu terus pada dirimu. Walaupun ibu ini diam sendiri, tetapi Allah membantunya melalui setiap urat nadinya sendiri, pada setiap titisan darahnya. Allah tidak perlukan 'pembantu' untuk membantu dirimu.

Benar, dan diakui, walau dlm apa jua keadaan, Allah tidak perlukan pembantu untuk melakukan apa sahaja. Atas kehendak Allah jualah terjadinya sesuatu yang di langit dan dibumi.

Oleh itu, janganlah kita berada dlm duka yang tidak bertepi jika kita tidak disayangi, kerana Allah sentiasa bersama kita. Dan janganlah sentiasa melayan ketidak puasan di hati sedangkan kita disayangi. Namun, kita adalah manusia, diciptakan Allah dengan perasaan emosi, jadi tidak salah untuk berasa duka dan bersedih, cuma biarlah ia hanya sesekali. Pujuklah diri, dengan harapan pada ALlah.

Bukanlah niat nota ini untuk membandingkan tetapi sebagai membuka pandangan utk memujuk hati.
Tabahlah wahai ibu/bakal ibu sekalian :)

'Rindunya hidup berbulan madu, dan berbadan dua..'

kerja

malas betul nak kerja rasanya..
hari isnin je beginilah jadinya..

26.7.10

Sekiranya..

jawapan biasa artis sekiranya ditanya tentang..


Bila nak jumpa jodoh,suami macammana yang menjadi idaman hati?
'Sudah tentu saya mahu yang beriman,yang boleh membimbing saya dalam hal agama,saya bukannya memilih,bukanlah semestinya datuk-datuk atau ahli perniagaan,tetapi saya belum jumpa lagi yang betul betul memahami saya..'

Boleh ceritakan tentang aksi 'panas' untuk filem sekian sekian....
'saya pun tidak sedar yang aksi itu sebegitu sekali.kalau nak di ikutkan, sepatutnya tidak jadi begitu..bukan saya yang merancang untuk berpakaian begitu,bukan sengaja saya nak mendedahkan bahagian tubuh saya,tetapi setelah siap filem baru saya sedar yang aksi itu begitu seksi..'

Apakah komen tentang gambar cium yang sedang hangat disebarkan melalui internet?
'Saya menyedari perkara tersebut sebenarnya 'kesilapan yang tidak disengajakan' saya memohon maaf dan berterima kasih pada yang menegur saya. saya akan cuba untuk tidak 'mengulangi' perbuatan tersebut.

Apakah komen tentang gambar berpesta dengan air kuning di atas meja.
biasa lah mulut orang..saya bukannya berpesta tetapi hanya menyambut majlis hari jadi kawan, kebetulan saya berada berhampiran dengan meja yang ada air kuning tu.Orang ingat itu air saya..macammana saya nak tutup mulut orang..apa yang saya buat semua tak kena.

banyak lagi..
aku tak larat nak petik petik lagi
ayat ayat biasa yang di salin semula dan digunakan untuk situasi situasi yang berbeza..

'saya cuma melakonkan watak itu dengan sepenuh hati,saya mahu menjiwai watak itu,bukannya saya benar benar melakukannya'
'kami cuma berkawan..salah ke saya nak keluar dengan dia walaupun dia suami orang'
'gambar itu diambil untuk parti kecil kecilan dengan keluarga..tak sangka pulak ada orang manipulasi gambar tu'

ayat selamat nak kabur mata orang
tapi sebenarnya menunjukkan kebodohan diri sendiri
kalau sudah bukti depan mata,kau cakap aje lah ape,semua orang tak percaya..

sudah Allah kurniakan kamu cantik paras rupa
terpulanglah apa cara kau nak guna
untuk hidup yang sementara..

14.6.10

megah

soalnya jodoh
soalnya siapa

kalau bertanya tentang siapa orang pilihan hati kita maka antara soalan yang laris di tanya mungkin..
'kerja di mana?'
'apa kerjanya?'
'berapa gajinya?'
'ada degree ke?'

habis..kalau lelakinya cuma lepasan SPM?
habis..kalau lelakinya cuma kerani?
habis..kalau lelakinya cuma kakitangan sokongan?
habis..kalau lelakinya cuma seorang jaga?

apa pernah kau tanya imannya?
apa pernah kau tanya solatnya?
apa pernah kau tanya pegangannya?

sedangkan itu yang mula mula di tanya bila yang ghaib menjadi nyata di depan mata..

nanti bila dah makin dekat mahu berdua..
sibuk pula orang bertanya

berapa ribu hantarannya
berapa dulang di baginya
berapa pasang kemahnya
berapa jenis lauknya
berapa besar pelaminnya
ape isi dalam begnya

dari mana dan kemana harta mu dibelanja
sedangkan itu yang mula mula di tanya bila yang ghaib menjadi nyata di depan mata..

bila megah mengaburi
yang indah jadi duri
bergaduh laki bini
hanya kerana kenduri..

10.6.10

sunat

bila tengok anak buah bersunat
maka teringat kita yang dlu
kita di zaman nak membesar dlu

mana mungkin orang bleh lupa apa rasa ketika bersunat
kan?

8.6.10

Kalau ada api pasti ada asap

Cuba
kalau tak percaya
lagi besar apinya,lagi besarlah asapnya
lagi banyak yang di bakar lagi lamalah tahannya,lagi lamalah asapnya

ya
untuk yang kali ini
aku mahu kongsikan sesuatu
tentang cakap cakap kita
tentang cakap cakap kita yang selalu kene tipu daya
yang selalu hasut hasut kita
yang selalu kita terikat dengan adat kita
yang selalu kita terikat dengan masyarakat kita
yang selalu kita terikat dengan budaya kita

mungkin kita selalu dengar..
cakap cakap yang menyakitkan telinga
cakap cakap yang kadang kadang kita pon tak berkata
cakap cakap yang kadang kadang kita nak bagitau yang baik tapi bertukar jadi marah..

'ala..ko pon ape kurangnya..ko bukan baik sangat pon...nak nasihat orang plak'
'ala..yang pakai tudung pon kene tangkap basah'
'ala..student UIA pon terlanjur jugak'
'ala..budak skolah agama pon bukan baik sangat'

ape lagi?
ape lagi?

ya..ko sakit hati..sebab tu ko lontarkan salah mereka yang 1 dari beribu itu pada semua..
yang buat cuma seorang dua,tapi yang ko salahkan semuanya..

yang terlanjur seorang dua sahaja tapi ko salahkan semua UIA nya..
yang jahat sekolah agama cuma beberapa tapi habis 1 malaysia ko salahkannya..
yang pakai tudung kerana budaya kene tangkap basah pon kau salahkan semua yang pakai semata mata untuk memelihara aurat mereka

ape lagi?
ape lagi?

'aku tau aku tak pakai tudung..tapi aku tanak hipokrit'
'aku pakai seksi pon tapi aku tak tinggal smayang'

dlu ade orang cerita pada aku
kalau ada api,mesti ada asapnya
hasilnya mesti ada
kalau betul imannya

maka yang pertama-tama,kau akan nampak zahirnya
dari zahirnya kau akan nampak apa akidahnya
apa pegangannya
dari situ kau sudah nampak beza apa agamanya

kalau dari luarnya sama sahaja
takde yang beza
apa yang di balutkan mereka kau balutkan juga
apa yang di dedahkan mereka kau dedahkan juga
apa yang di buatkan meraka kau buatkan juga

kita ada fatwa
kita ada taqwa

fatwa itu kau berjalan di tepi jalan..bila bila masa kau akan tergelincir
taqwa itu kau jalan di tengah jalan..kalau pun tergelincir kau masih di jalan itu..

orang yang solatnya jadi imam, kalau terlepas dia akan jadi makmum
orang yang solatnya jadi makmum,kalau terlepas dia masih sembahyang di masjid,
orang yang solatnya sembahyang di masjid, kalau terlepas dia akan sembahyang di rumah
orang yang solatnya sembahyang di rumah,kalau terlepas dia akan sembahyang juga dan tidak melengah-lengahkan waktu.
orang yagn solatnya selalu lengah lengah kalau terlepas dia akan qada'
orang yang solatnya selalu qada', kalau terlepas dia akan berkata, tuhan itu maha pengampun..

ya

kau masih ada masa untuk berubah
selagi nyawa masih di badan
selagi belum terpisah dari jasad

aku juga

amin

3.6.10

Sabar

alkisah tersebut sebuah cerita
benar belaka
sekejab sahaja
baca!

Si Ali turun dari kuda
lalu dicabutkan pelananya
takut hilang di kebas entah siapa

lalu diberikan pada si pemuda
sifulan namanya
bajunya koyak merata rata
minta di jagakan sebentar pelananya
mahu solat sebentar sahaja..kata si Ali..

Selesai sudah solat si Ali
di fikirkan pelana dan sifulan tadi
mahu diberi upah 3 dinar sebagai penghargaan kerana menolong jagakan pelananya sebentar tadi...fikir si Ali..
lalu sampai di situ,hilang sifulan tak nampak kaki..
sudah di sapu pelananya dan cabut lari

Tidak mengapa..kata si Ali dalam hati
mungkin sudah bukan rezeki
itu sudah ketentuan illahi..

esoknya pagi pagi
si Ali pergi ke pasar
mahu membeli apa yang kurang di dapur rumahnya..
terlihat akannya pelana yang mirip kepunyaannya.
maka di belek belek
di selak selak
memang sah dia yang empunya sebelumnya

lalu di tanya kepada si penjual pelana
wahai si penjual pelana,
dari mana kamu mendapat pelana ini..
kata si penjual pelana..
aku membeli dari seorang yang tersangat miskinnya..
bajunya koyak merata rata..

fikir si Ali..
persis kepada sifulan yang di minta jagakan pelananya semalam..
lalu si Ali bertanya lagi kepada si penjual pelana..
wahai si penjual pelana..
berapakah harga sifulan itu jualkan kepada kamu..

jawab si penjual pelana..

3 dinar....

21.5.10

Bijak!

Alkisah seorang raja dan hamba
zaman dahulu kala
Zaman yang aku tak tau bila

tapi nyata,bukan sekadar cerita..

Dikisahkan di satu negeri yang aman penduduknya,baik raja nya,harmoni kehidupannya. Yang demikian ada di antara penduduknya yang bertani,ada berniaga, ada juga yang soleh, tidak meninggalkan amal ibadat,sentiasa berbuat kebaikan,taat pada yang Esa,setia pada raja, baik pula kepada jiran tetangga.

Adapun raja ini tersangatlah kayanya..punya istana besar tak terhingga, punya harta penuhpadat setiap pelusuk istana, punya pengawal katang katang orangnya, punya pelayan jelita jelita.

Maka satu hari,
raja dengan murah hati
mahu berkongsi
harta yang banyak itu kepada rakyat yang selama in banyak menabur budi

maka dipanggil semua penduduk kampung
tak kira ceruk mana
tak kira jauh mana
asalkan yang bernaung di bawah si raja
semua dijemput ke istana

titah si raja:

'sentuh lah apa sahaja dalam istana beta, maka itu kamu punya, seorang sentuh satu sahaja..kecuali istana dan singgahsana beta'

maka berebut rebut penduduk kampung
masing masing carik yang paling mahal
sentuh apa sahaja yang dirasakan paling berharga
sentuh apa sahaja yang dirasakan tak ternilai
sentuh apa sahaja yang dirasakan berkilauan

sedang raja memerhati dari singgahsana
senyum suka memerhatikan gelagat rakyatnya

dari suka bertukar hairan
ada sifulan depan mata
terpacak kaku depan singgahsana
di tangan tak sentuh apa apa

di suruh si raja sentuh sesuatu
apa sahaja
maka itu kamu punya

diam sifulan masih tak berkata
setapak setapak hampiri si raja
lalu di sentuh bahu raja

bijak!!

20.5.10

kosong

aku pegang pensil
aku pegang kertas

lalu seperti biasa aku mulakan lakaran..

tapi kali ini
untuk yang berkali kali aku lihat lagi
kertas aku kosong

tak keliru
tak bingung

tapi kosong

apa yang aku mahu gambar tak tergambarkan
apa yang aku mahu zahirkan masih kelam

tapi aku tahu jauh disana

*ada*

nyata
bentuk
zahir

siksa...

*jangan pernah faham yang ini*

17.5.10

galleria de' zul


Untuk aku yang tak ada DSLR..
maka Pensel dan pemadam aku gunakan..





10.5.10

Jelik

untuk yang ini
kalau kau lihat
maka kau meluat

bongkok bongkok katanya lelaki
pacak pacak katanya kacak
tebal jaket katanya ranggi

besar seluarnya
berkasut ke mana mana
berantai apa tak kira
bersandang beg bahunya
terhuyung hayang tak semena

bermegah dengan wanita tak semenggah
berkepit dengan si skirt pendek
duduk setara diri setara


pelik..jelik

jangan sangka yang lain tak melihat
jangan sangka yang lain tak tahu
jangan sangka yang lain tak meluat
jangan sangka yang lain tak tau kau cuba tiru

yang suka kamu hanya sekejab sahaja
bila habis apa di poket mu
bila lagi gaduh menjadi teman antaranya
bila lagi yang sejati membetulkannya
bila lagi apa yang dihajati kamu tak dapat penuhi

kamu juga cantik apa adanya
kamu juga menarik apa kiranya
kamu juga sempurna sifatnya

jika betul pada tempatnya

7.5.10

untuk 3 hari lagi

lagi 3 hari menjelang hari itu
hari ibu
walaupun setiap hari juga merupakan hari ibu

jangan kau sedih
kau tetap ibu
walaupun belum ada bukti untuk katakan kau ibu
tapi kau tetap ibu
ibu bukan hanya pada mereka yang punya anak
atau mereka yang pernah melahirkan anak
ibu itu sifat
ibu itu rahmat
ibu itu tempat

untuk 3 hari lagi
aku seringkali teringat pada mereka yang belum atau sudah tetapi menjadi belum kembali
betapa kau mahu itu
betapa kau menangis setiap malam
betapa kau sedih dalam diam

kau tetap ibu
walaupun belum ada bukti untuk katakan kau ibu

yakinlah jika itu sifat mu maka kau memang ibu
seringkali aku baca luahan hati mu pada mereka yang jahanam di luar sana
aku bukan siapa siapa untuk cela mereka
tapi aku cela sifat mereka
walaupun mereka buangkan bukti bukti yang menjadikan mereka ibu
aku cela mereka

mereka bukan ibu
walaupun mereka punya bukti yang mengatakan mereka itu ibu..

untuk 3 hari lagi,
aku ucapkan selamat hari ibu pada kamu
ucapan yang belum pernah aku bagi pada mana mana ibu seperti kamu

jadilah ibu yang memang kau dah jadi itu
walaupun belum ada bukti untuk katakan kau ibu

untuk mereka yang masih belum:
maka aku sampaikan cerita di zaman dahulu kala
cerita yang hampir ramai orang tak tahu atau lupa

di kisahkan 2 pasangan sangat mahukan cahya mata
puas di cuba
tak dapat juga

maka mereka jumpa Nabi Allah Musa
mintakan Nabi Allah itu doakan supaya mereka peroleh pengubat luka
maka doa diperdengarkan pada yang maha Esa
kata Nabi Musa yang lebih kurang maksudnya
maka kamu berdua telah ditakdirkan begitu rupa
takkan bertiga

sedih tak terhingga di buatnya
tapi tak juga putus asa
selang berapa lama
maka mereka peroleh cahya mata
mereka bawa jumpa nabi Musa
lihat..kami sudah peroleh cahaya mata
kami sudah dapat sesuatu setelah sekian lama

maka Nabi Musa terpinga
sudah diberitahu sebelumnya yang takdir sebegitu
kata mereka,di hujung pelusuk kampung ada seorang tua
minta doa dari si tua maka makbul lah ia..

tanya Musa pada yang mencipta
maka disuruh mencari semangkuk darah dan seketul daging manusia untuk tahu kenapa..apa jawapannya..

maka seluruh tempat Nabi Musa mencari
tiada yang sudi
habis semua lorong, semua jalan di telusuri
masih tiada yang sudi

maka di cari pula di kampung kampung
belum ada seorang pun mahu memberi semangkuk darah dan seketul daging kepada yang Maha Mencipta
tiba di hujung kampung,jumpa si tua
kata si tua
jangankan semangkuk darah,berapa banyak pon boleh
maka di torehnya lengan
di picit picitkannya supaya darah memancut mancut untuk di beri kepada yang meminta
bila tiba daging yang dipinta
di cubit sana
di cubit sini
montoknya tiada
kerana si tua itu kurus mengelidi
kulit sahaja tinggal,kedut meliputi
di cari lagi
ada sedikit di pipi
maka di potongkan pipinya itu.

Maka Nabi Allah ucapkan terima kasih
maka dibawakan apa yang di pinta untuk mengetahui jawapannya

Kata yang mencipta,
sepatutnya kaulah yang pertama menawarkan untuk diberi darah dan juga seketul daging

maka fahamlah Nabi Musa
mengapa doa si tua itu di makbulkan

maka yang diluar sana
jangan putus asa
takdir itu Allah yang punya
kita jangan kata kita dah usaha
kita buat sahaja
kita tawakkal sahaja
selebihnya terpulang kepada DIA
biarkan yang ESA membuat keputusan
jangan kau katakan dah memang takdir ku begini, dah takdir kau begitu
katakan 'insyaAllah' katakan kata hikmat itu

jangan kau katakan 'dah takde..nak buat camne'
jangan kau katakan 'dah bukan rezeki kita'
jangan pula kau bertanya 'kenapa orang lain ada aku takde'

usahalah
ikhtiarlah
tawakkallah

dapat anak itu rezeki
tak dapat juga rezeki (kata kawan baru aku)

selamat hari ibu..untuk mereka yang ada sifat ibu..
biarpun katil malammu belum ada tetamu......

6.5.10

poseur

aku tak mahu
aku tak mahu jadi itu

jauhkan itu dari aku

Lampu

Alang meronda kotaraya dengan motor kapcainya yang tak seberapa
hirup udara
layan suasana
lapangkan fikiran setelah penat memerah idea

tapi alang lupa
lampu motornya tiada
maka ditahan polis di tengah jalan raya

kata alang,dimana mana ada lampu
terang benderang
atas lampu, kiri kanan ada lampu..mana mana ada lampu..
apa perlu lampu pada motor kapcai yang tak seberapa ini?
apa perlu?

polis terpinga
polis tak terkata
polis cari idea
apa nak buat pada alang yang tak tahu undang-undang jalan raya

~idea~

maka dipancitkan tayar alang
depan dan belakang
alang tercegat pandang pandang
apa polis ini tahu ke tak undang²
alang rasa nak bagi satu penendang

bila di tanya

polis berkata

atas ada angin, kiri kanan ada angin..mana mana ada angin..
apa masih perlu angin pada motor kapcai ini?

alang hangin

5.5.10

Untuk Bakal Isteriku..

Jantung pisang si Jantung Hati..

bukan aku tak mahu
bukan aku sengaja nak buat kamu tunggu
tapi aku malu

kulit bibir,kulit muka ku tebal tapi aku bukan seorang yang mahu tebalkan muka
aku takut kamu tak suka
bila aku berkata..

walaupun aku selalu nampak kamu
pujaan hatiku..
walau aku selalu selisih dengan kamu
setiap pagi aku nampak kamu dengan beg sandang mu..
kamu selalu tunduk segan tersipu sipu..
tapi aku biarkan semua itu berlalu

memang sengaja aku tak mahu naik lif dulu
memang sengaja aku tak mahu bertembung dengan kamu
aku kelu

aku selalu nampak kamu dengan dia
berbincang berborak ketawa suka ria
aku sangka kamu miliknya
aku sangka kamu dan dia ada apa apa..

tekad di hati ku untuk beritahu..
tentang perasaan yang bertahun lama aku pendamkan itu..
aku mahu bagitahu siapakah aku..
siapakah yang selama ini menuliskan nota di atas meja kerja mu..
siapakah yang selama ini yang selalu mengawasimu dari setiap penjuru..

ternyata jodoh antara kau dan aku..
tak sejauh yang tercapai dalam akal fikiran yang selama ini aku fikir agak mustahil..

sekarang kau sudah jadi milikku..
sekarang kau lah siang dan malam ku..
mimpiku yang kabur selama ini nyata..
indah ku yang tak sirna selama ini bercahaya..
pemuja rahsia ku selama ini kini bersama..

ku mohon pada tuhan agar berikan aku jalan..
untuk aku menjagamu dalam tidur dan bangunmu
selama aku masih bertahan..

selama aku masih bertahan

30.4.10

Untuk Bakal Suamiku..

Hari ini aku mahu kau tahu sesuatu
aku mahu ko baca luahan hati nurani aku

aku benci kamu
benci benci benci!!!

kenapa kau ambil masa yang lama untuk cari aku
kenapa kau lambat meminang aku
dah lama aku tunggu

dah lama aku nanti saat ini
sampai hati kau buat aku begini
sambai hati kau biarkan aku sendiri..
sampai hati kau biarkan aku memeluk bantal sambil mengenang apa yang dah jadi..
sampai hati kau biarkan aku di khianati..
orang yang aku cintai rupanya langsung tak peduli tentang aku punya hati
rupanya aku syok sendiri
rupa rupanya dia sengaja buatkan aku cintakan dia separuh mati..

siang hari ku sendiri..
malam aku menyepi..

mana kau pergi
bayang mu pun tak nampak lagi..

sendiri lagi

kau hadir macam tak sudi
aku pun tak tahu..cuma taknak berulang lagi..
setiap langkah aku berhati-hati
setiap gerak laku mu aku perhati

dalam diam aku senyum
aku tertanya-tanya apakah memang aku untuk mu
apakah ada jodoh antara kita
apakah kau hadir untuk hapuskan semua mimpi buruk aku setiap hari

apakah kau hadir untuk aku berteduh
apakah kau hadir untuk jernihkan yang keruh
apakah kau hadir sebagai penyembuh

kini kau di sini
kau kene teman aku setiap hari..aku tak kira!!aku tak kira..
kalau aku menangis maka peluk lah aku..aku isteri mu..aku milik mu..
kalau aku tak memandang wajah mu maka pegang lah tanganku..rasakan lah pedih luka ku..rasalah apa yang tak terkeluar dari mulut ku walaupun kau marah padaku..

aku isterimu..aku milik mu..

mana kamu...aku rindu pada sesuatu yang belum aku ketemu...

28.4.10

Broga


Broga..

Setelah penat bekerja..
Setelah pening dengan paper..
Setelah habis keringkan semua idea..

Maka di situ kami tiba..tinggi tak seberapa, tapi bukan sekadar melepaskan batuk ditangga
Ramai orang tak terkira
macam-macam bangsa
ada yang kecik ada yang besar ada yang muda ada yang tua
macam² gaya..
macam² lensa

ada yang pergi suka²
ada yang pergi entah kali ke berapa
ada yang pergi nak ambek gambar semata-mata

pada yang belum pergi
apa kata buat satu ekspidisi
asalkan ada kaki
asalkan ada hati
tengok sinaran matahari pagi-pagi
rasakan peluh membasahi pipi


Broga..



Terasa glemer..


me n faz

jangan tiru aksi ini di rumah


ada bran?

dari puncak ke 3

3 orang sahaja yang pergi..

mula² sampai

sinarmu dalam tangan ku..


12.4.10

Mata aku sakit

Mata aku sakit
tengok gelagat orang bawak kereta
ekzos punye perit
kete kancil aje..

bawak punya laju
ntah ade nampak rimau ke hantu
padehal kat depan dah nampak kereta tersusun beribu

kereta punya banyak
benti kat kotak kuning
camne orang simpang nak keluar masuk..takde otak?
kete pnya besar, ntah yang bawak mabuk ke pening

lori laju macam ribut
lorong ke 3 pun dia bantai pecut
langsung tak takut

pagi² ambek lorong kecemasan
entah ada orang tengah cedera parah..
entah ada ibu sarat nak lahirkan anak tapi terjatuh tangga tunggu ambulan..
entah ada budak kepala pecah

pentingkan diri sendiri

gaji tetap sama
kalau dah nak pegi keje kuar la awal sket..pagi² jangan mandi lama-lama.

hisap rokok
makan gula-gula
makan rambutan
makan langsat
buang selambe je kat luar tingkap

kalau pegi singapura punya la puji melangit
dah diri sendiri perangai macam bangsat
nak puji negara lain buat apa

roda hanya 2
kepala punya keras
helmet tinggal kat umah
bawak budak kecik dok tengah²
mak bapak pakai helmet,anak takpe..

tak sayang kepala ke..

orang nak potong tak bagi
bukannya rugi
hon punya kuat
jalan lambat sket pon dah kene hon

besar sangat ke hon tu?

9.4.10

Kenderaan Baru

Alang yang semakin tertekan dengan kesibukan jalan raya di tengah bandaraya mencari jalan untuk mengelakkan kesesesakan lalu lintas. Puas di cari apakah jalan terbaik. Maka setelah penat berfikir, Alang mengambil keputusan untuk menukar kenderaannya. Yang boleh mengelakkan kesesakan,lancar tanpa gangguan. Pada asalnya motor sahaja yang terlintas di fikirannya tetapi apabila difikirkan keselamatan maka Alang melupakan hasrat untuk membeli motor. Maka Alang mencari lagi. Tiba di satu kedai yang difikirkan boleh menyelesaikan masalahnya..Alang terus berjumpa dengan tokey kedai, Ah Long namanya.

Alang: tokey, saya mau kenderaan yang boleh elak sesak jalan punnye.
Ah long: Haiya, mana ade itu nye kenderaannye yang boleh elak kesesakan nye pun.

Alang: ala tokey, selalu saya dengar lu boleh selesaikannye itu masalah kesesakan pun nye..
Ah Long: takde la..lu cari la satu 1Malaysia..mesti takdenye pun.

Alang: kalau camtu takpe la tokey.
Ah long: nanti nanti nanti..kalau lu mau nye pun sangat, wa ada satu pun nye.

Alang: kasi tunjuk dlu la.
Ah Long: Lu tengok ini web..mesti tak sesak punye nye pun.

klik disini

8.4.10

Clash of The Titans

Filem ini mengenai dewa dewi satu masa dahulu. Dalam filem Titans kali ini, hanya watak Zeus dan juga Hades (watak jahat utama) yang ditonjolkan. Manusia yang sudah tak tahan dengan sikap dewa dewi yang tak 'mempedulikan' meraka tidak lagi mengharapkan dewa dewi bahkan tidak berdoa sekali pon. Ini menyebabkan kuasa dewa utama (Zeus) semakin berkurangan. Zeus mengharapkan manusia untuk berdoa dan melutut kepadanya.

Dengan pengaruh kuasa jahat (Hades) Zeus telah mengarahkan makhluk perosak untuk memusnahkan Argos iaitu bandar paling bertamadun untuk manusia ketika itu. Tidak ada cara lain untuk membunuh Kraken (makhluk perosak) melainkan menggunakan kepala Medusa.

Manusia perlu membunuh Kraken sebelum gerhana matahari atau menyerahkan Andromeda (puteri Argos) kepada Hades sebagai syarat untuk selamat. Manusia, dibantu oleh perseus (anak Zeus) mencari jalan untuk menghapuskan Kraken dengan mengambil kepala medusa.

Secara keseluruhan, jalan cerita filem ini hampir sama dengan cerita dewa dewi sebelumnya tapi telah di ubah sedikit mengikut kesesuaian cerita.watak-watak seperti Medusa, Hades, Zeus, Athena dan Perseus memang selalu dipakai untuk cerita sebegini.

Teknik CGI yang berkesan,aksi yang agak mendebarkan. Secara purata, cerita ini bukanlah seperti yang kita sangka. Perang besar yang melibatkan strategi dan sebagainya. Aksi perangnya juga hanya melibatkan beberapa orang (tak lebih 10). Tahyul semata-mata.

biasa sahaja.

5.4.10

Evolusi KL Drift 2

Cerita yang mengisah tentang kegiatan haram (mengedar dadah), Joe lakonan Aaron Aziz yang berjaya ditumpaskan oleh sepasukan polis yang diketuai Kamal lakonan Remy Ishak setelah dibantu oleh Zack lakonan Syamsul Yusof selaku watak utama.

Cerita yang wajar diberi pujian, lakonan yang berkesan terutama watak Joe, jalan cerita yang tersusun kemas walaupun plot cerita agak mendatar. 'Feel' juga nampak berkesan terutama ketika Aleya mati di tembak. Aksi yang dilakukan juga nampak menarik.

Secara keseluruhan, jika mahu menyokong filem tempatan, inilah masanya di mana producer mengeluarkan filem yang berkualiti. Setiap filem ada cacat celanya tapi filem arahan Syamsul ini memang jauh berbeza dengan yang petama dan juga filem-filem aksi Malaysia yang lain. Boleh dikatakan produk ini antara produk skop production yang terbaik. Lakonan Syamsul juga nampak telah diperbaiki dan tidak nampak terlalu kaku. Rambutnya juga tidak bergerak dari awal cerita hingga ke penamat..

Selamat menonton!

31.3.10

Hidup ini Singkat..

Kadang-kadang kita berada dalam pertembungan sebab dan kita tidak tahu mengenai itu. Samaada ianya secara tidak sengaja atau memang direka, tidak ada apa yang dapat kita lakukan.

Seorang wanita di Paris sedang dalam perjalanan untuk pergi membeli belah.Tetapi dia lupa kotnya, dan kembali untuk mendapatkannya. Ketika dia mendapat kotnya, telefon berdering, jadi dia berhenti untuk menjawab dan bercakap selama beberapa minit. Sementara perempuan itu di telefon, Daisy sedang berlatih untuk persembahan di Paris Opera House. Semasa Daisy sedang berlatih, wanita itu, mematikan telefon dan keluar untuk mencari teksi. Pada masa yang sama, teksi singgah sebentar untuk membeli secawan kopi. Pada ketika itu, Daisy masih lagi berlatih.

Kemudian, teksi yang singgah sebentar untuk membeli secawan kopi ini mengambil wanita yang mahu pergi membeli belah yang mana telah terlepas teksi sebelumnya. Teksi itu terpaksa berhenti sebentar bagi memberi laluan kepada seorang lelaki yang mahu melintas untuk pergi ke tempat kerja tetapi terlambat 5 minit kerana dia lupa untuk set penggera jamnya.Pada ketika itu, Daisy telah selesai berlatih dan sedang mandi.

Semasa Daisy sedang mandi, teksi itu berhenti di luar butik untuk mengambil seorang wanita yang menunggu bungkusan untuk dibalut kerana budak perempuan yang sepatutnya membalut hadiahnya baru sahaja putus dengan teman lelaki malam sebelum itu dan terlupa. Setelah bungkusan itu dibalut, wanita itu masuk ke dalam teksi tetapi tidak dapat bergerak kerana di hadang oleh lori. Pada ketika itu, Daisy sedang menyalin pakaian.

Lori berkenaan berganjak ke tepi bagi memberi laluan kepada teksi untuk bergerak. Pada ketika itu, daisy hampir siap berpakaian dan menunggu kawannya yang rosak tali kasut. Semasa teksi berhenti menunggu lampu isyarat, Daisy dan kawannya keluar dari teater.

Dan jika salah satu perkara berlaku berlainan,

Jika tali kasut tidak rosak, atau lori tidak menghadang teksi,atau bungkusan telah siap dibalut kerana budak perempuan itu tidak putus dengan teman lelakinya, atau lelaki itu setkan penggera jamnya dan cepat 5 minit awal untuk ke tempat kerja, atau perempuan itu ingat akan kotnya dan dapat naik teksi yang sebelumnya, Daisy dan kawannya akan dapat melintas jalan dan teksi dapat bergerak terus.

Tetapi hidup bukan sebegitu, satu siri cebisan kehidupan dan kemalangan, tiada siapa dapat mengawalnya.

Dan teksi itu tidak dapat bergerak terus sementara penglihatan pemandu berkenaan terganggu sejenak.

Dan teksi itu merempuh Daisy...

25.3.10

Green Zone

Filem yang mengisahkan tentang perang US-Iraq. Sebab utama peperangan mengenai WMD (Weapon Mass Distruction) yang dicari oleh askar US tetapi sebenarnya langsung tiada di Iraq. Hanya alasan kosong diberikan atas tujuan utama ingin men 'demokrasi' kan Iraq.

Jalan cerita yang agak laju, lancar, seperti Paris With love juga, klimaks yang tidak begitu mencabar. Hero ade la kene tumbuk skali..Motif cerita hanya tahu di hujung babak. Tidak membuatkan jantung anda gugur tetapi membuatkan kepala anda pening kerana banyak bercakap bahasa tentera yang kita tak faham dan sangat laju. Plot juga tidak berapa menarik.

Kesimpulan: biasa sahaja

22.3.10

Paris With Love

Cerita ini mengisahkan tentang seorang agen (wax) yang datang ke paris untuk menghapuskan sindiket dadah dan terrorist.

komen aku tentang cerita ni, jalan cerita yang kurang menarik, plot cerita sangat pendek, cerita yang sangat lancar, tiada klimaks yang mendebarkan, tiada aksi luar biasa, watak utama tiada calar walaupun sedikit, hanya seoarang sahaja berjaya menghapuskan beberapa sindiket di paris, sangat cekap seperti semua perkara di dalam kepala otaknya.

kesimpulan:tak best.

15.3.10

Hobi..

Masing-masing punya hobi atau habit yang tersendiri, dari kecil hingga ke besar keinginan kita berubah-rubah. Jika suatu masa dulu, mungkin hobi kita hanya bermain main di waktu petang. Teng-teng, konda kondi, batu seremban, tutup botol, batang ais krim, pemadam getah atau main bola sepak yang mana pemainnya diperbuat dari kertas.

Umur kian meningkat, hobi juga berubah. Ada yang suka memancing, ada yang suka berjalan-jalan, ada yang suka berbasikal, mendaki gunung, membaca novel, menonton wayang (pantang sebut je wayang, tak makan pon takpe, terus sahaja ke panggung), mengumpat dan lain-lain. Ada juga gemar aktiviti lasak seperti bergaduh sesama sendiri (fight club), aku tumbuk kamu, kamu tumbuk aku dan tidak lupa juga pada yang suka memasak.

tapi makcik ni agak pelik hobinya. lihatlah sendiri.

14.3.10

Samseng Jalanan

Hari jumaat yang lalu, tengok V3 samseng jalanan.Cerita yang mengarut, jalan cerita entah kemana dibawa belayar..seperti pisang emas dibawa belayar, plot cerita yang kurang menarik, gadis yang seksi, pelakun muka masam (lisa surihani), skrip berterabur..

itu sahaja ulasan saya selaku juri yang pertama, saya serahkan komen seterusnya kepada anda..

12.3.10

Alang dan laicikang

Seperti biasa alang lepak minum dengan rakan-rakan malam hujung minggu. Melepaskan penat lelah seminggu bekerja, jumpa kawan-kawan, lepaskan tekanan yang membebankan fikiran. Malam itu Alang terasa nak minum laicikang..

Alang: bang oder bang..
Pelayan: ye adik manis..mau ode apa..
~dalam hati alang..lor..mat bangladesh rupenye~
Alang: bagi saya air laicikang ye 1.
Pelayan: ok siap.

setelah seketika menunggu...

Pelayan: nah adik manis..ni dia yang adik pesan tadi..
Alang: tapi ni bukan saya oder..saya oder lain tadi..
Pelayan: hehe..sory ya cik adik manis..kertas tak muat nak tulis..

dalam hati Alang: sengal pnye mat bangladesh..aku oder laicikang dia bagi air laici....dari nak hilangkan tekanan terus makin tertekan..*&^@#*^#*(@$*@#$&$_)@&^

11.3.10

Cerita makcik timah dan ucu

Di suatu petang yang hening..

Perlahan-lahan makcik timah menghampiri anak jirannya (ucu) yang sedang menangis teresak-esak sambil menggali lubang.Dengan penuh kasih sayang maka makcik timah bertanya atas sebab apakah ucu menangis. Maka ucu memberitahu yang ikannya baru sahaja mati dan lubang dikorek untuk mengebumikan ikan kesayangan nya. Lalu dengan kehairanan makcik timah bertanya 'bukankah lubang kamu ini terlalu besar untuk seekor ikan'. Maka ucu berkata 'ini kerana ikan saya ada dalam perut kucing kesayangan makcik..'

~~bengang je makcik timah....%^*$^)%#@^)(@$&@$&

10.3.10

Trip ke langkawi

Coretan pertama... Pada yang sudah baca , jangan segan silu untuk meninggalkan ulasan atau komen. Ulasan dan komen anda sangat di alu-alukan.

Coretan kali ini mengenai trip ke langkawi. Trip kali ini sebanyak 120 orang yang dimuatkan dalam 3 bas yang berasingan..bas persiaran namanya. Khas untuk orang yang nak bersiar-siar.

Bermula pukul 9 malam hari khamis, berkumpul di Maju Junction. Maka pukul 11 malam, bertolak dari Majudan tiba di Kuala Perlis Lebih kurang pukul 6 pagi. Sesampai di langkawi, daftar masuk hotel mandi, bersiap dan berkemas maka, pada pukul 11 pagi bermulalah aktiviti bersiar-siar di langkawi.

Hari Jumaat:

Destinasi pertama yang dilawati ialah kereta kabel Langkawi. Agak gayat disini, kalau di Genting, kereta kabelnya panjang, tetapi di Langkawi kereta kabelnya sangat curam. Perasaan pada masa itu, sudah tentu gayat. dibawah hijau di atas biru, kiri dan kanan putih berkabus, mujur disebelah ada yang tersayang~♥. Tiba di atas puncak, jambatan langit menanti, menyambut baik kedatangan kami. Panorama indah balasan diberi, kabus sayup-sayup membelai pipi, goyang-goyang sudah pasti, lompat-lompat tidak sekali, gambar kenangan tak ambil memang rugi.


Pandangan dari kereta kabel



Jambatan langit

Terus sahaja ke gua kelawar. Di mana ada siling gua maka di situ ada kelawar tidur. Senyap betul kelawar tidur, tiada masalah berkeruh, mengigau, semua tidur dengan satu gaya, sayap dijadikan selimut, selubung diri, kaki di kepala kepala di kaki.

Kemudian berliku sedikit pergi ke tempat ternakan ikan. Cerita menarik di kalangan ikan-ikan yang diternak disini mengenai ikan sumpit. Kebolehan ikan sumpit ialah dengan menyumpit air untuk menjatuhkan sesuatu. Gumpalan kecil roti ditempel di atas jeti, lalu ikan sumpit menyumpit roti tadi supaya jatuh. Kebolehan lain ikan ini ialah dengan melompat
keluar dari air untuk mengambil makanan. Jika dilihat sekali, agak menakutkan, tetapi ikan ini tiada gigi yang tajam, seolah-olah menangkap makanan menggunakan bibir.


Tengok betul², nanti boleh nampak ikan sumpit menyumpit.

Ikan pari pula sangat jinak, badannya boleh berbolak-balik (kuak lentang jika di takrifkan).


Ikan pari dengan gaya yang tersendiri


Kelawar sudah, ikan juga sudah maka lihat pulau pula di kilim geoforest. Ada rupa semulajadi terbentuk dari pulau ini iaitu bentuk muka (dipandang dari tepi) dan juga pulau berbentuk kasut.

Pulau dengan gambar muka

Pulau seperti bentuk kasut


Sebelum pulang, singgah sekejab di tempat helang turun cari makanan. Di sini terdapat 2 jenis helang. Helang yang biasa dilihat dan juga helang laut. Helang laut jarang dilihat, tubuh lebih besar dari
helang biasa, bewarna hitam dan putih dan hanya makan di atas pokok. Helang akan turun seekor demi seekor untuk mengambil makanan. Teringat lawak senario:

Raja: beta ada penyakit, beta dah beberapa hari tak dapat ketawa, sesiapa yang dapat buat beta ketawa maka beta akan bagi ganjaran.
Azli: Patik cuba ya tuanku.
Raja: silakan..
Azli: tapi dengan syarat bila saya berhenti maka tuanku mesti sambung dengan 'lepas tu?'.
Raja: Baiklah.

maka Azli memulakan ceritanya:

Azli: Begini tuanku. Di suatu tempat ada banyak burung datang untuk makan
Raja: lepastu?
Azli:Seperti biasa burung akan datang sekumpulan untuk mengambil makanan disitu.
Raja:lepastu?
Azli:maka datanglah seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung wakakakakakakakak
Azli: lepastu datang lagi seekor burung..wahahahakakaka huk huk huk hahahahaha (gelak tak ingat, disangkakan raja akan ketawa dengan lawaknya)

~~raja bengang~~

Akan tetapi, itulah situasi yang dapat dihayati disana..dalam lawak ada benarnya, helang akan turun seekor demi seekor untuk mengambil makanan.

Sabtu..

Aktiviti melawat pulau menanti. Pulau pertama menjadi persinggahan ialah pulau beras basah, bukan sahaja beras terbakar ada di langkawi, beras basah juga. Pantai cantik, kera banyak dan tandas tiada. Terus sahaja ke pulau dayang bunting. Wah..kagum sungguh disini, kaget sebentar, memang seperti perempuan tengah bunting.

Airnya hijau, rasanya tak masin, dalamnya tak tercapai, luas nya hamper 3 padang bola, ikan jinak bermain di kaki. Setengah hari bersantai disini menarik juga..tenangkan fikiran, kosongkan minda, bersihkan kaki (pada yang banyak penyakit tu boleh la rendam kaki supaya ikan boleh sedut semua) dan sekali lagi, tengok gelagat kera.

Pulau Dayang Bunting dan Tasik Dayang Bunting

Sepeninggalan drama dari pulau dayang bunting:


Kera jantan: yang yang, tolong cabutkan bulu abang ni..kalau ada kutu tolong cari sekali ye
Kera betina: bila masa plak aku jadi ayang dia.., muka kalau hensem takpe..ni muka dahla macam beruk..tapi kasih pada binatang pnye pasal..aku carik jugak la..


Map keseluruhan pulau dayang bunting..

Selesai sudah tempat-tempat yang di lawati. Antara tempat-tempat lain yang dikunjungi termasuk kilang gamat (masuk tangan dalam gamat panas tapi tak melecur), gudang batik, pantai chenang dan sudah tentu Haji Ismail Group..

kesemua pakej di atas termasuk tambang bas dan penginapan hanya RM 160 sahaja. Maka pada yang nak bercuti boleh renung² kan..Sekejab sahaja..bukannya lama. Tup tap tup tap balik jadi 2 beg, Bertolak hanya 1 beg sahaja..


tak faham langsung~~

Ahad pulang ke rumah..