12.11.10

Tentang Hidup dan Makan


Ada orang suka makan
Ramai orang suka makan
Macam semua orang suka makan

Ada orang mahu sihat
Ada orang tak mahu sakit
Ada orang mahu sentiasa segar

tak ramai orang suka makan berkhasiat.
sayur,buah,beras perang..siapa yang suka?

Ramai orang suka makanan yang mereka rasa bagus untuk menghilangkan kenyang.
Lemang,nasi dengan sambal tumis+telur masin+ikan kering+kari kepala ikan,nasi lemak,roti canai,teh tarik..
sudah menjadi makanan rasmi Malaysia agaknya,setiap pagi kalau tak kena rroti canai dan teh tarik tak di kira orang Malaysia.

Betul,aku setuju.

Memang itu yang terbaik. 'Nasi lemak sambal lebih ye makcik,nak lauk kerang.' Sudah dapat macam kene dadah, macammahu lagi dan lagi.

Tapi itu semua mainan minda, orang makan oat setiap pagi pun rasa tak senang kalau tak dapat sekali. Mesti nak makan oat lagi dan lagi..memang tak boleh berhenti.

Ada orang cakap 'kau makan makanan bekhasiat pun nanti kene sakit jugak..'

Betul, aku setuju.

1) makan makanan berkhasiat kita sakit juga
2) makan makanan tak berkhasiat kita sakit juga.

jadi mana yang kau pilih?

1)kalau sakit kau makan ubat, belum tentu pulih.
2)kalau sakit kau tak makan ubat, belum tentu pulih.

sudah pasti kau akan jumpa doktor minta ubat, paling tidak pun MC untukkau berehat di rumah sebagai salah satu ubat. Tidak di hairankan kalau hospital sentiasa penuh dengan orang dan manusia yang mencari penawar untuk segala jenis penyakit.

jadi dari awal kenapa pilih yang tidak berkhasiat sedangkan sementara sihat masih ada masa untuk berfikir untuk ke arah lebih sihat..

umur,ajal maut memang kita tak tahu. Tapi sudah menjadi tanggungjawab kita menjaga fizikal kita yang di amanahkan.

ingat,tubuh ini bumi yang punya,satu hari nanti bumi akan tuntut semula.

28.9.10

hamba



sejak jumaat lalu sampai ke hari yang belum tentu, berdebar gila!disitulah bermula hala tuju, kalau sudah ada rezeki, insyaAllah..kalau sudah tiada disitu, maka aku pasti rezeki milikNya..

kita cuma hamba yang hari hari perlu mengemis dari yang mencipta (sepatutnya)
tapi dengan bongkak sombong kita selalu lupa
sedangkan yang wajib ditinggal tinggalkan
di layan mata mengantuk sampai matahari tinggi menegak
direhatkan penat lelah kononnya beraya sakan

kita lupa kita punya senjata
kita lupa berdoa pada yang esa
sedangkan berdoa tidak seperti kita hamba
berdoa seperti membaca
mengamin doa yang panjang berjela tapi langsung tak tahu apa
berborak tertawa sedang imam berlinangan air mata
tak seperti pengemis yang mengharap setiap yang lalu menghulur sesuatu, dengan muka sedih langsung tak berdaya mengharapkan sesuap nasi.

mujur kita masih hidup
di beri peluang untuk kembali
tapi entah nafas mana nanti yang akan terhenti
tertutup semua pintu rezeki
tertutup semua pintu taubat

mujur, masih ada peluang untuk kita berhidup.

9.8.10

To all mum-to-be

Dipetik dari Ummu Sulaim binti Sazaly

Assalamualaikum semua..
Nampaknya sekarang ramai yang sedang berbadan dua, tak lupa juga yang sedang berbulan madu, juga yang sedang merancang untuk hari bahagia.. Salam dari kejauhan buat kalian, lamanya kita tidak mendengar khabar berita :)

Di sini, saya bukanlah hendak memberikan tips untuk mereka yang mengandung, tetapi lebih kepada kata-kata peransang (hopefully) yang diambil dari pelbagai sumber.

Mungkin sesetengahnya ,masih baru di alam perkahwinan, mendapat berita akan bakal cahaya mata yang sedang aman di dalam rahim. Tenang, lena di dalam pelukan rahim ibu, tanpa mengetahui ibu sedang 'melayan' loya sehingga makan pun tidak lalu,muntah yang selalu, emosi yang tidak menentu. Mujurlah ada suami tempat mengadu. Tidak mahu masak, sbb tidak tahan bau,suami tersenyum menahan lucu isteri yang mengadu, dan diterimanya, lantas berusaha membeli makanan (or mungkin masak sendiri), memujuk isteri menjamah mknn sesuap sudu, supaya dirinya tidak lemah, walaupun sebenarnya isteri bukan tidak mahu, tetapi tau lepas jamah, sinki lah tempat dituju. Maha suci Allah, membantu kita (isteri) melalui detik-detik ini dengan suami yang sentiasa di sisi.

Jika kaki bengkak, ada suami yang tolong urutkan. Jika tidak lalu makan, ada suami yang tolong suapkan. kadang-kadang merengek tiada tujuan, pun ada suami yang tolong pujukkan. Jika ke tempat kerja, ada suami yang tolong hantarkan. Allah kirimkan pertolongan melalui suami kita yang tercinta, menjadikan kita kuat. Bersyukurlah.

Ada juga bakal ibu yang kasihkan anak di kandung, melalui tempoh loya dan lemah, sama seperti ibu yang lain, tetapi masih gagah memasak utk suami, walaupun setiap kali tercium bau nasi yang ditanak, sinki la tempat tujuan. Masih berdaya walaupun tidak makan, kerana keluhannya suami menjadi tidak keruan, membawa diri mengubat hati sendiri. Tidak mengapalah, suami keluar mencari makan sendiri kerana isteri tidak mampu utk masak pada hari ini. Isteri masih berdaya, masih tiada bengkak di kaki (atau buat-buat tiada?), walaupun seharian berjalan mencari rezeki. Maha suci Allah,beruntungnya dirimu, Allah memberi pertolongan terus melalui setiap darah yang mengalir dalam dirimu. Tidak perlu pembantu untuk meleraikan hatimu yang emosinya tidak menentu, tidak perlu pembantu untuk mengurut kakimu, tidak perlu pujukan suami untuk memberi ketabahan hatimu, kerana Allah terlebih dahulu membantumu, melalui setiap urat nadi dirimu sendiri, menjadikan dirimu kuat. Bersyukurlah.

Ada kisah ibu rahimnya tidak kuat, selalu berlaku pendarahan, tidak boleh mengangkat yang berat-berat, nanti memberi kesan pada kandungan, tetapi lihatlah cara Allah membantu ibu itu. Biasanya di sampingnya terdapat suami yang sangat prihatin. Ada ibu mertua/ibu/pembantu yang prihatin. Memelihara dan menjaganya. Allah tetap akan membantu seorang ibu.

Ada pula kisah ibu yang perlu melakukan kerja yang berat (jauh berjalan, berat kan bg ibu mengandung?), kerana kasih pada suaminya, pada anaknya, tidak betah melalui hidup yang penuh mehnahnya, sendiri. Wahai ibu, Allah membantu dirimu terus pada dirimu. Walaupun ibu ini diam sendiri, tetapi Allah membantunya melalui setiap urat nadinya sendiri, pada setiap titisan darahnya. Allah tidak perlukan 'pembantu' untuk membantu dirimu.

Benar, dan diakui, walau dlm apa jua keadaan, Allah tidak perlukan pembantu untuk melakukan apa sahaja. Atas kehendak Allah jualah terjadinya sesuatu yang di langit dan dibumi.

Oleh itu, janganlah kita berada dlm duka yang tidak bertepi jika kita tidak disayangi, kerana Allah sentiasa bersama kita. Dan janganlah sentiasa melayan ketidak puasan di hati sedangkan kita disayangi. Namun, kita adalah manusia, diciptakan Allah dengan perasaan emosi, jadi tidak salah untuk berasa duka dan bersedih, cuma biarlah ia hanya sesekali. Pujuklah diri, dengan harapan pada ALlah.

Bukanlah niat nota ini untuk membandingkan tetapi sebagai membuka pandangan utk memujuk hati.
Tabahlah wahai ibu/bakal ibu sekalian :)

'Rindunya hidup berbulan madu, dan berbadan dua..'

kerja

malas betul nak kerja rasanya..
hari isnin je beginilah jadinya..

26.7.10

Sekiranya..

jawapan biasa artis sekiranya ditanya tentang..


Bila nak jumpa jodoh,suami macammana yang menjadi idaman hati?
'Sudah tentu saya mahu yang beriman,yang boleh membimbing saya dalam hal agama,saya bukannya memilih,bukanlah semestinya datuk-datuk atau ahli perniagaan,tetapi saya belum jumpa lagi yang betul betul memahami saya..'

Boleh ceritakan tentang aksi 'panas' untuk filem sekian sekian....
'saya pun tidak sedar yang aksi itu sebegitu sekali.kalau nak di ikutkan, sepatutnya tidak jadi begitu..bukan saya yang merancang untuk berpakaian begitu,bukan sengaja saya nak mendedahkan bahagian tubuh saya,tetapi setelah siap filem baru saya sedar yang aksi itu begitu seksi..'

Apakah komen tentang gambar cium yang sedang hangat disebarkan melalui internet?
'Saya menyedari perkara tersebut sebenarnya 'kesilapan yang tidak disengajakan' saya memohon maaf dan berterima kasih pada yang menegur saya. saya akan cuba untuk tidak 'mengulangi' perbuatan tersebut.

Apakah komen tentang gambar berpesta dengan air kuning di atas meja.
biasa lah mulut orang..saya bukannya berpesta tetapi hanya menyambut majlis hari jadi kawan, kebetulan saya berada berhampiran dengan meja yang ada air kuning tu.Orang ingat itu air saya..macammana saya nak tutup mulut orang..apa yang saya buat semua tak kena.

banyak lagi..
aku tak larat nak petik petik lagi
ayat ayat biasa yang di salin semula dan digunakan untuk situasi situasi yang berbeza..

'saya cuma melakonkan watak itu dengan sepenuh hati,saya mahu menjiwai watak itu,bukannya saya benar benar melakukannya'
'kami cuma berkawan..salah ke saya nak keluar dengan dia walaupun dia suami orang'
'gambar itu diambil untuk parti kecil kecilan dengan keluarga..tak sangka pulak ada orang manipulasi gambar tu'

ayat selamat nak kabur mata orang
tapi sebenarnya menunjukkan kebodohan diri sendiri
kalau sudah bukti depan mata,kau cakap aje lah ape,semua orang tak percaya..

sudah Allah kurniakan kamu cantik paras rupa
terpulanglah apa cara kau nak guna
untuk hidup yang sementara..

14.6.10

megah

soalnya jodoh
soalnya siapa

kalau bertanya tentang siapa orang pilihan hati kita maka antara soalan yang laris di tanya mungkin..
'kerja di mana?'
'apa kerjanya?'
'berapa gajinya?'
'ada degree ke?'

habis..kalau lelakinya cuma lepasan SPM?
habis..kalau lelakinya cuma kerani?
habis..kalau lelakinya cuma kakitangan sokongan?
habis..kalau lelakinya cuma seorang jaga?

apa pernah kau tanya imannya?
apa pernah kau tanya solatnya?
apa pernah kau tanya pegangannya?

sedangkan itu yang mula mula di tanya bila yang ghaib menjadi nyata di depan mata..

nanti bila dah makin dekat mahu berdua..
sibuk pula orang bertanya

berapa ribu hantarannya
berapa dulang di baginya
berapa pasang kemahnya
berapa jenis lauknya
berapa besar pelaminnya
ape isi dalam begnya

dari mana dan kemana harta mu dibelanja
sedangkan itu yang mula mula di tanya bila yang ghaib menjadi nyata di depan mata..

bila megah mengaburi
yang indah jadi duri
bergaduh laki bini
hanya kerana kenduri..

10.6.10

sunat

bila tengok anak buah bersunat
maka teringat kita yang dlu
kita di zaman nak membesar dlu

mana mungkin orang bleh lupa apa rasa ketika bersunat
kan?