31.3.10

Hidup ini Singkat..

Kadang-kadang kita berada dalam pertembungan sebab dan kita tidak tahu mengenai itu. Samaada ianya secara tidak sengaja atau memang direka, tidak ada apa yang dapat kita lakukan.

Seorang wanita di Paris sedang dalam perjalanan untuk pergi membeli belah.Tetapi dia lupa kotnya, dan kembali untuk mendapatkannya. Ketika dia mendapat kotnya, telefon berdering, jadi dia berhenti untuk menjawab dan bercakap selama beberapa minit. Sementara perempuan itu di telefon, Daisy sedang berlatih untuk persembahan di Paris Opera House. Semasa Daisy sedang berlatih, wanita itu, mematikan telefon dan keluar untuk mencari teksi. Pada masa yang sama, teksi singgah sebentar untuk membeli secawan kopi. Pada ketika itu, Daisy masih lagi berlatih.

Kemudian, teksi yang singgah sebentar untuk membeli secawan kopi ini mengambil wanita yang mahu pergi membeli belah yang mana telah terlepas teksi sebelumnya. Teksi itu terpaksa berhenti sebentar bagi memberi laluan kepada seorang lelaki yang mahu melintas untuk pergi ke tempat kerja tetapi terlambat 5 minit kerana dia lupa untuk set penggera jamnya.Pada ketika itu, Daisy telah selesai berlatih dan sedang mandi.

Semasa Daisy sedang mandi, teksi itu berhenti di luar butik untuk mengambil seorang wanita yang menunggu bungkusan untuk dibalut kerana budak perempuan yang sepatutnya membalut hadiahnya baru sahaja putus dengan teman lelaki malam sebelum itu dan terlupa. Setelah bungkusan itu dibalut, wanita itu masuk ke dalam teksi tetapi tidak dapat bergerak kerana di hadang oleh lori. Pada ketika itu, Daisy sedang menyalin pakaian.

Lori berkenaan berganjak ke tepi bagi memberi laluan kepada teksi untuk bergerak. Pada ketika itu, daisy hampir siap berpakaian dan menunggu kawannya yang rosak tali kasut. Semasa teksi berhenti menunggu lampu isyarat, Daisy dan kawannya keluar dari teater.

Dan jika salah satu perkara berlaku berlainan,

Jika tali kasut tidak rosak, atau lori tidak menghadang teksi,atau bungkusan telah siap dibalut kerana budak perempuan itu tidak putus dengan teman lelakinya, atau lelaki itu setkan penggera jamnya dan cepat 5 minit awal untuk ke tempat kerja, atau perempuan itu ingat akan kotnya dan dapat naik teksi yang sebelumnya, Daisy dan kawannya akan dapat melintas jalan dan teksi dapat bergerak terus.

Tetapi hidup bukan sebegitu, satu siri cebisan kehidupan dan kemalangan, tiada siapa dapat mengawalnya.

Dan teksi itu tidak dapat bergerak terus sementara penglihatan pemandu berkenaan terganggu sejenak.

Dan teksi itu merempuh Daisy...

25.3.10

Green Zone

Filem yang mengisahkan tentang perang US-Iraq. Sebab utama peperangan mengenai WMD (Weapon Mass Distruction) yang dicari oleh askar US tetapi sebenarnya langsung tiada di Iraq. Hanya alasan kosong diberikan atas tujuan utama ingin men 'demokrasi' kan Iraq.

Jalan cerita yang agak laju, lancar, seperti Paris With love juga, klimaks yang tidak begitu mencabar. Hero ade la kene tumbuk skali..Motif cerita hanya tahu di hujung babak. Tidak membuatkan jantung anda gugur tetapi membuatkan kepala anda pening kerana banyak bercakap bahasa tentera yang kita tak faham dan sangat laju. Plot juga tidak berapa menarik.

Kesimpulan: biasa sahaja

22.3.10

Paris With Love

Cerita ini mengisahkan tentang seorang agen (wax) yang datang ke paris untuk menghapuskan sindiket dadah dan terrorist.

komen aku tentang cerita ni, jalan cerita yang kurang menarik, plot cerita sangat pendek, cerita yang sangat lancar, tiada klimaks yang mendebarkan, tiada aksi luar biasa, watak utama tiada calar walaupun sedikit, hanya seoarang sahaja berjaya menghapuskan beberapa sindiket di paris, sangat cekap seperti semua perkara di dalam kepala otaknya.

kesimpulan:tak best.

15.3.10

Hobi..

Masing-masing punya hobi atau habit yang tersendiri, dari kecil hingga ke besar keinginan kita berubah-rubah. Jika suatu masa dulu, mungkin hobi kita hanya bermain main di waktu petang. Teng-teng, konda kondi, batu seremban, tutup botol, batang ais krim, pemadam getah atau main bola sepak yang mana pemainnya diperbuat dari kertas.

Umur kian meningkat, hobi juga berubah. Ada yang suka memancing, ada yang suka berjalan-jalan, ada yang suka berbasikal, mendaki gunung, membaca novel, menonton wayang (pantang sebut je wayang, tak makan pon takpe, terus sahaja ke panggung), mengumpat dan lain-lain. Ada juga gemar aktiviti lasak seperti bergaduh sesama sendiri (fight club), aku tumbuk kamu, kamu tumbuk aku dan tidak lupa juga pada yang suka memasak.

tapi makcik ni agak pelik hobinya. lihatlah sendiri.

14.3.10

Samseng Jalanan

Hari jumaat yang lalu, tengok V3 samseng jalanan.Cerita yang mengarut, jalan cerita entah kemana dibawa belayar..seperti pisang emas dibawa belayar, plot cerita yang kurang menarik, gadis yang seksi, pelakun muka masam (lisa surihani), skrip berterabur..

itu sahaja ulasan saya selaku juri yang pertama, saya serahkan komen seterusnya kepada anda..

12.3.10

Alang dan laicikang

Seperti biasa alang lepak minum dengan rakan-rakan malam hujung minggu. Melepaskan penat lelah seminggu bekerja, jumpa kawan-kawan, lepaskan tekanan yang membebankan fikiran. Malam itu Alang terasa nak minum laicikang..

Alang: bang oder bang..
Pelayan: ye adik manis..mau ode apa..
~dalam hati alang..lor..mat bangladesh rupenye~
Alang: bagi saya air laicikang ye 1.
Pelayan: ok siap.

setelah seketika menunggu...

Pelayan: nah adik manis..ni dia yang adik pesan tadi..
Alang: tapi ni bukan saya oder..saya oder lain tadi..
Pelayan: hehe..sory ya cik adik manis..kertas tak muat nak tulis..

dalam hati Alang: sengal pnye mat bangladesh..aku oder laicikang dia bagi air laici....dari nak hilangkan tekanan terus makin tertekan..*&^@#*^#*(@$*@#$&$_)@&^

11.3.10

Cerita makcik timah dan ucu

Di suatu petang yang hening..

Perlahan-lahan makcik timah menghampiri anak jirannya (ucu) yang sedang menangis teresak-esak sambil menggali lubang.Dengan penuh kasih sayang maka makcik timah bertanya atas sebab apakah ucu menangis. Maka ucu memberitahu yang ikannya baru sahaja mati dan lubang dikorek untuk mengebumikan ikan kesayangan nya. Lalu dengan kehairanan makcik timah bertanya 'bukankah lubang kamu ini terlalu besar untuk seekor ikan'. Maka ucu berkata 'ini kerana ikan saya ada dalam perut kucing kesayangan makcik..'

~~bengang je makcik timah....%^*$^)%#@^)(@$&@$&

10.3.10

Trip ke langkawi

Coretan pertama... Pada yang sudah baca , jangan segan silu untuk meninggalkan ulasan atau komen. Ulasan dan komen anda sangat di alu-alukan.

Coretan kali ini mengenai trip ke langkawi. Trip kali ini sebanyak 120 orang yang dimuatkan dalam 3 bas yang berasingan..bas persiaran namanya. Khas untuk orang yang nak bersiar-siar.

Bermula pukul 9 malam hari khamis, berkumpul di Maju Junction. Maka pukul 11 malam, bertolak dari Majudan tiba di Kuala Perlis Lebih kurang pukul 6 pagi. Sesampai di langkawi, daftar masuk hotel mandi, bersiap dan berkemas maka, pada pukul 11 pagi bermulalah aktiviti bersiar-siar di langkawi.

Hari Jumaat:

Destinasi pertama yang dilawati ialah kereta kabel Langkawi. Agak gayat disini, kalau di Genting, kereta kabelnya panjang, tetapi di Langkawi kereta kabelnya sangat curam. Perasaan pada masa itu, sudah tentu gayat. dibawah hijau di atas biru, kiri dan kanan putih berkabus, mujur disebelah ada yang tersayang~♥. Tiba di atas puncak, jambatan langit menanti, menyambut baik kedatangan kami. Panorama indah balasan diberi, kabus sayup-sayup membelai pipi, goyang-goyang sudah pasti, lompat-lompat tidak sekali, gambar kenangan tak ambil memang rugi.


Pandangan dari kereta kabel



Jambatan langit

Terus sahaja ke gua kelawar. Di mana ada siling gua maka di situ ada kelawar tidur. Senyap betul kelawar tidur, tiada masalah berkeruh, mengigau, semua tidur dengan satu gaya, sayap dijadikan selimut, selubung diri, kaki di kepala kepala di kaki.

Kemudian berliku sedikit pergi ke tempat ternakan ikan. Cerita menarik di kalangan ikan-ikan yang diternak disini mengenai ikan sumpit. Kebolehan ikan sumpit ialah dengan menyumpit air untuk menjatuhkan sesuatu. Gumpalan kecil roti ditempel di atas jeti, lalu ikan sumpit menyumpit roti tadi supaya jatuh. Kebolehan lain ikan ini ialah dengan melompat
keluar dari air untuk mengambil makanan. Jika dilihat sekali, agak menakutkan, tetapi ikan ini tiada gigi yang tajam, seolah-olah menangkap makanan menggunakan bibir.


Tengok betul², nanti boleh nampak ikan sumpit menyumpit.

Ikan pari pula sangat jinak, badannya boleh berbolak-balik (kuak lentang jika di takrifkan).


Ikan pari dengan gaya yang tersendiri


Kelawar sudah, ikan juga sudah maka lihat pulau pula di kilim geoforest. Ada rupa semulajadi terbentuk dari pulau ini iaitu bentuk muka (dipandang dari tepi) dan juga pulau berbentuk kasut.

Pulau dengan gambar muka

Pulau seperti bentuk kasut


Sebelum pulang, singgah sekejab di tempat helang turun cari makanan. Di sini terdapat 2 jenis helang. Helang yang biasa dilihat dan juga helang laut. Helang laut jarang dilihat, tubuh lebih besar dari
helang biasa, bewarna hitam dan putih dan hanya makan di atas pokok. Helang akan turun seekor demi seekor untuk mengambil makanan. Teringat lawak senario:

Raja: beta ada penyakit, beta dah beberapa hari tak dapat ketawa, sesiapa yang dapat buat beta ketawa maka beta akan bagi ganjaran.
Azli: Patik cuba ya tuanku.
Raja: silakan..
Azli: tapi dengan syarat bila saya berhenti maka tuanku mesti sambung dengan 'lepas tu?'.
Raja: Baiklah.

maka Azli memulakan ceritanya:

Azli: Begini tuanku. Di suatu tempat ada banyak burung datang untuk makan
Raja: lepastu?
Azli:Seperti biasa burung akan datang sekumpulan untuk mengambil makanan disitu.
Raja:lepastu?
Azli:maka datanglah seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung wakakakakakakakak
Azli: lepastu datang lagi seekor burung..wahahahakakaka huk huk huk hahahahaha (gelak tak ingat, disangkakan raja akan ketawa dengan lawaknya)

~~raja bengang~~

Akan tetapi, itulah situasi yang dapat dihayati disana..dalam lawak ada benarnya, helang akan turun seekor demi seekor untuk mengambil makanan.

Sabtu..

Aktiviti melawat pulau menanti. Pulau pertama menjadi persinggahan ialah pulau beras basah, bukan sahaja beras terbakar ada di langkawi, beras basah juga. Pantai cantik, kera banyak dan tandas tiada. Terus sahaja ke pulau dayang bunting. Wah..kagum sungguh disini, kaget sebentar, memang seperti perempuan tengah bunting.

Airnya hijau, rasanya tak masin, dalamnya tak tercapai, luas nya hamper 3 padang bola, ikan jinak bermain di kaki. Setengah hari bersantai disini menarik juga..tenangkan fikiran, kosongkan minda, bersihkan kaki (pada yang banyak penyakit tu boleh la rendam kaki supaya ikan boleh sedut semua) dan sekali lagi, tengok gelagat kera.

Pulau Dayang Bunting dan Tasik Dayang Bunting

Sepeninggalan drama dari pulau dayang bunting:


Kera jantan: yang yang, tolong cabutkan bulu abang ni..kalau ada kutu tolong cari sekali ye
Kera betina: bila masa plak aku jadi ayang dia.., muka kalau hensem takpe..ni muka dahla macam beruk..tapi kasih pada binatang pnye pasal..aku carik jugak la..


Map keseluruhan pulau dayang bunting..

Selesai sudah tempat-tempat yang di lawati. Antara tempat-tempat lain yang dikunjungi termasuk kilang gamat (masuk tangan dalam gamat panas tapi tak melecur), gudang batik, pantai chenang dan sudah tentu Haji Ismail Group..

kesemua pakej di atas termasuk tambang bas dan penginapan hanya RM 160 sahaja. Maka pada yang nak bercuti boleh renung² kan..Sekejab sahaja..bukannya lama. Tup tap tup tap balik jadi 2 beg, Bertolak hanya 1 beg sahaja..


tak faham langsung~~

Ahad pulang ke rumah..