21.5.10

Bijak!

Alkisah seorang raja dan hamba
zaman dahulu kala
Zaman yang aku tak tau bila

tapi nyata,bukan sekadar cerita..

Dikisahkan di satu negeri yang aman penduduknya,baik raja nya,harmoni kehidupannya. Yang demikian ada di antara penduduknya yang bertani,ada berniaga, ada juga yang soleh, tidak meninggalkan amal ibadat,sentiasa berbuat kebaikan,taat pada yang Esa,setia pada raja, baik pula kepada jiran tetangga.

Adapun raja ini tersangatlah kayanya..punya istana besar tak terhingga, punya harta penuhpadat setiap pelusuk istana, punya pengawal katang katang orangnya, punya pelayan jelita jelita.

Maka satu hari,
raja dengan murah hati
mahu berkongsi
harta yang banyak itu kepada rakyat yang selama in banyak menabur budi

maka dipanggil semua penduduk kampung
tak kira ceruk mana
tak kira jauh mana
asalkan yang bernaung di bawah si raja
semua dijemput ke istana

titah si raja:

'sentuh lah apa sahaja dalam istana beta, maka itu kamu punya, seorang sentuh satu sahaja..kecuali istana dan singgahsana beta'

maka berebut rebut penduduk kampung
masing masing carik yang paling mahal
sentuh apa sahaja yang dirasakan paling berharga
sentuh apa sahaja yang dirasakan tak ternilai
sentuh apa sahaja yang dirasakan berkilauan

sedang raja memerhati dari singgahsana
senyum suka memerhatikan gelagat rakyatnya

dari suka bertukar hairan
ada sifulan depan mata
terpacak kaku depan singgahsana
di tangan tak sentuh apa apa

di suruh si raja sentuh sesuatu
apa sahaja
maka itu kamu punya

diam sifulan masih tak berkata
setapak setapak hampiri si raja
lalu di sentuh bahu raja

bijak!!

20.5.10

kosong

aku pegang pensil
aku pegang kertas

lalu seperti biasa aku mulakan lakaran..

tapi kali ini
untuk yang berkali kali aku lihat lagi
kertas aku kosong

tak keliru
tak bingung

tapi kosong

apa yang aku mahu gambar tak tergambarkan
apa yang aku mahu zahirkan masih kelam

tapi aku tahu jauh disana

*ada*

nyata
bentuk
zahir

siksa...

*jangan pernah faham yang ini*

17.5.10

galleria de' zul


Untuk aku yang tak ada DSLR..
maka Pensel dan pemadam aku gunakan..





10.5.10

Jelik

untuk yang ini
kalau kau lihat
maka kau meluat

bongkok bongkok katanya lelaki
pacak pacak katanya kacak
tebal jaket katanya ranggi

besar seluarnya
berkasut ke mana mana
berantai apa tak kira
bersandang beg bahunya
terhuyung hayang tak semena

bermegah dengan wanita tak semenggah
berkepit dengan si skirt pendek
duduk setara diri setara


pelik..jelik

jangan sangka yang lain tak melihat
jangan sangka yang lain tak tahu
jangan sangka yang lain tak meluat
jangan sangka yang lain tak tau kau cuba tiru

yang suka kamu hanya sekejab sahaja
bila habis apa di poket mu
bila lagi gaduh menjadi teman antaranya
bila lagi yang sejati membetulkannya
bila lagi apa yang dihajati kamu tak dapat penuhi

kamu juga cantik apa adanya
kamu juga menarik apa kiranya
kamu juga sempurna sifatnya

jika betul pada tempatnya

7.5.10

untuk 3 hari lagi

lagi 3 hari menjelang hari itu
hari ibu
walaupun setiap hari juga merupakan hari ibu

jangan kau sedih
kau tetap ibu
walaupun belum ada bukti untuk katakan kau ibu
tapi kau tetap ibu
ibu bukan hanya pada mereka yang punya anak
atau mereka yang pernah melahirkan anak
ibu itu sifat
ibu itu rahmat
ibu itu tempat

untuk 3 hari lagi
aku seringkali teringat pada mereka yang belum atau sudah tetapi menjadi belum kembali
betapa kau mahu itu
betapa kau menangis setiap malam
betapa kau sedih dalam diam

kau tetap ibu
walaupun belum ada bukti untuk katakan kau ibu

yakinlah jika itu sifat mu maka kau memang ibu
seringkali aku baca luahan hati mu pada mereka yang jahanam di luar sana
aku bukan siapa siapa untuk cela mereka
tapi aku cela sifat mereka
walaupun mereka buangkan bukti bukti yang menjadikan mereka ibu
aku cela mereka

mereka bukan ibu
walaupun mereka punya bukti yang mengatakan mereka itu ibu..

untuk 3 hari lagi,
aku ucapkan selamat hari ibu pada kamu
ucapan yang belum pernah aku bagi pada mana mana ibu seperti kamu

jadilah ibu yang memang kau dah jadi itu
walaupun belum ada bukti untuk katakan kau ibu

untuk mereka yang masih belum:
maka aku sampaikan cerita di zaman dahulu kala
cerita yang hampir ramai orang tak tahu atau lupa

di kisahkan 2 pasangan sangat mahukan cahya mata
puas di cuba
tak dapat juga

maka mereka jumpa Nabi Allah Musa
mintakan Nabi Allah itu doakan supaya mereka peroleh pengubat luka
maka doa diperdengarkan pada yang maha Esa
kata Nabi Musa yang lebih kurang maksudnya
maka kamu berdua telah ditakdirkan begitu rupa
takkan bertiga

sedih tak terhingga di buatnya
tapi tak juga putus asa
selang berapa lama
maka mereka peroleh cahya mata
mereka bawa jumpa nabi Musa
lihat..kami sudah peroleh cahaya mata
kami sudah dapat sesuatu setelah sekian lama

maka Nabi Musa terpinga
sudah diberitahu sebelumnya yang takdir sebegitu
kata mereka,di hujung pelusuk kampung ada seorang tua
minta doa dari si tua maka makbul lah ia..

tanya Musa pada yang mencipta
maka disuruh mencari semangkuk darah dan seketul daging manusia untuk tahu kenapa..apa jawapannya..

maka seluruh tempat Nabi Musa mencari
tiada yang sudi
habis semua lorong, semua jalan di telusuri
masih tiada yang sudi

maka di cari pula di kampung kampung
belum ada seorang pun mahu memberi semangkuk darah dan seketul daging kepada yang Maha Mencipta
tiba di hujung kampung,jumpa si tua
kata si tua
jangankan semangkuk darah,berapa banyak pon boleh
maka di torehnya lengan
di picit picitkannya supaya darah memancut mancut untuk di beri kepada yang meminta
bila tiba daging yang dipinta
di cubit sana
di cubit sini
montoknya tiada
kerana si tua itu kurus mengelidi
kulit sahaja tinggal,kedut meliputi
di cari lagi
ada sedikit di pipi
maka di potongkan pipinya itu.

Maka Nabi Allah ucapkan terima kasih
maka dibawakan apa yang di pinta untuk mengetahui jawapannya

Kata yang mencipta,
sepatutnya kaulah yang pertama menawarkan untuk diberi darah dan juga seketul daging

maka fahamlah Nabi Musa
mengapa doa si tua itu di makbulkan

maka yang diluar sana
jangan putus asa
takdir itu Allah yang punya
kita jangan kata kita dah usaha
kita buat sahaja
kita tawakkal sahaja
selebihnya terpulang kepada DIA
biarkan yang ESA membuat keputusan
jangan kau katakan dah memang takdir ku begini, dah takdir kau begitu
katakan 'insyaAllah' katakan kata hikmat itu

jangan kau katakan 'dah takde..nak buat camne'
jangan kau katakan 'dah bukan rezeki kita'
jangan pula kau bertanya 'kenapa orang lain ada aku takde'

usahalah
ikhtiarlah
tawakkallah

dapat anak itu rezeki
tak dapat juga rezeki (kata kawan baru aku)

selamat hari ibu..untuk mereka yang ada sifat ibu..
biarpun katil malammu belum ada tetamu......

6.5.10

poseur

aku tak mahu
aku tak mahu jadi itu

jauhkan itu dari aku

Lampu

Alang meronda kotaraya dengan motor kapcainya yang tak seberapa
hirup udara
layan suasana
lapangkan fikiran setelah penat memerah idea

tapi alang lupa
lampu motornya tiada
maka ditahan polis di tengah jalan raya

kata alang,dimana mana ada lampu
terang benderang
atas lampu, kiri kanan ada lampu..mana mana ada lampu..
apa perlu lampu pada motor kapcai yang tak seberapa ini?
apa perlu?

polis terpinga
polis tak terkata
polis cari idea
apa nak buat pada alang yang tak tahu undang-undang jalan raya

~idea~

maka dipancitkan tayar alang
depan dan belakang
alang tercegat pandang pandang
apa polis ini tahu ke tak undang²
alang rasa nak bagi satu penendang

bila di tanya

polis berkata

atas ada angin, kiri kanan ada angin..mana mana ada angin..
apa masih perlu angin pada motor kapcai ini?

alang hangin

5.5.10

Untuk Bakal Isteriku..

Jantung pisang si Jantung Hati..

bukan aku tak mahu
bukan aku sengaja nak buat kamu tunggu
tapi aku malu

kulit bibir,kulit muka ku tebal tapi aku bukan seorang yang mahu tebalkan muka
aku takut kamu tak suka
bila aku berkata..

walaupun aku selalu nampak kamu
pujaan hatiku..
walau aku selalu selisih dengan kamu
setiap pagi aku nampak kamu dengan beg sandang mu..
kamu selalu tunduk segan tersipu sipu..
tapi aku biarkan semua itu berlalu

memang sengaja aku tak mahu naik lif dulu
memang sengaja aku tak mahu bertembung dengan kamu
aku kelu

aku selalu nampak kamu dengan dia
berbincang berborak ketawa suka ria
aku sangka kamu miliknya
aku sangka kamu dan dia ada apa apa..

tekad di hati ku untuk beritahu..
tentang perasaan yang bertahun lama aku pendamkan itu..
aku mahu bagitahu siapakah aku..
siapakah yang selama ini menuliskan nota di atas meja kerja mu..
siapakah yang selama ini yang selalu mengawasimu dari setiap penjuru..

ternyata jodoh antara kau dan aku..
tak sejauh yang tercapai dalam akal fikiran yang selama ini aku fikir agak mustahil..

sekarang kau sudah jadi milikku..
sekarang kau lah siang dan malam ku..
mimpiku yang kabur selama ini nyata..
indah ku yang tak sirna selama ini bercahaya..
pemuja rahsia ku selama ini kini bersama..

ku mohon pada tuhan agar berikan aku jalan..
untuk aku menjagamu dalam tidur dan bangunmu
selama aku masih bertahan..

selama aku masih bertahan