9.8.10

To all mum-to-be

Dipetik dari Ummu Sulaim binti Sazaly

Assalamualaikum semua..
Nampaknya sekarang ramai yang sedang berbadan dua, tak lupa juga yang sedang berbulan madu, juga yang sedang merancang untuk hari bahagia.. Salam dari kejauhan buat kalian, lamanya kita tidak mendengar khabar berita :)

Di sini, saya bukanlah hendak memberikan tips untuk mereka yang mengandung, tetapi lebih kepada kata-kata peransang (hopefully) yang diambil dari pelbagai sumber.

Mungkin sesetengahnya ,masih baru di alam perkahwinan, mendapat berita akan bakal cahaya mata yang sedang aman di dalam rahim. Tenang, lena di dalam pelukan rahim ibu, tanpa mengetahui ibu sedang 'melayan' loya sehingga makan pun tidak lalu,muntah yang selalu, emosi yang tidak menentu. Mujurlah ada suami tempat mengadu. Tidak mahu masak, sbb tidak tahan bau,suami tersenyum menahan lucu isteri yang mengadu, dan diterimanya, lantas berusaha membeli makanan (or mungkin masak sendiri), memujuk isteri menjamah mknn sesuap sudu, supaya dirinya tidak lemah, walaupun sebenarnya isteri bukan tidak mahu, tetapi tau lepas jamah, sinki lah tempat dituju. Maha suci Allah, membantu kita (isteri) melalui detik-detik ini dengan suami yang sentiasa di sisi.

Jika kaki bengkak, ada suami yang tolong urutkan. Jika tidak lalu makan, ada suami yang tolong suapkan. kadang-kadang merengek tiada tujuan, pun ada suami yang tolong pujukkan. Jika ke tempat kerja, ada suami yang tolong hantarkan. Allah kirimkan pertolongan melalui suami kita yang tercinta, menjadikan kita kuat. Bersyukurlah.

Ada juga bakal ibu yang kasihkan anak di kandung, melalui tempoh loya dan lemah, sama seperti ibu yang lain, tetapi masih gagah memasak utk suami, walaupun setiap kali tercium bau nasi yang ditanak, sinki la tempat tujuan. Masih berdaya walaupun tidak makan, kerana keluhannya suami menjadi tidak keruan, membawa diri mengubat hati sendiri. Tidak mengapalah, suami keluar mencari makan sendiri kerana isteri tidak mampu utk masak pada hari ini. Isteri masih berdaya, masih tiada bengkak di kaki (atau buat-buat tiada?), walaupun seharian berjalan mencari rezeki. Maha suci Allah,beruntungnya dirimu, Allah memberi pertolongan terus melalui setiap darah yang mengalir dalam dirimu. Tidak perlu pembantu untuk meleraikan hatimu yang emosinya tidak menentu, tidak perlu pembantu untuk mengurut kakimu, tidak perlu pujukan suami untuk memberi ketabahan hatimu, kerana Allah terlebih dahulu membantumu, melalui setiap urat nadi dirimu sendiri, menjadikan dirimu kuat. Bersyukurlah.

Ada kisah ibu rahimnya tidak kuat, selalu berlaku pendarahan, tidak boleh mengangkat yang berat-berat, nanti memberi kesan pada kandungan, tetapi lihatlah cara Allah membantu ibu itu. Biasanya di sampingnya terdapat suami yang sangat prihatin. Ada ibu mertua/ibu/pembantu yang prihatin. Memelihara dan menjaganya. Allah tetap akan membantu seorang ibu.

Ada pula kisah ibu yang perlu melakukan kerja yang berat (jauh berjalan, berat kan bg ibu mengandung?), kerana kasih pada suaminya, pada anaknya, tidak betah melalui hidup yang penuh mehnahnya, sendiri. Wahai ibu, Allah membantu dirimu terus pada dirimu. Walaupun ibu ini diam sendiri, tetapi Allah membantunya melalui setiap urat nadinya sendiri, pada setiap titisan darahnya. Allah tidak perlukan 'pembantu' untuk membantu dirimu.

Benar, dan diakui, walau dlm apa jua keadaan, Allah tidak perlukan pembantu untuk melakukan apa sahaja. Atas kehendak Allah jualah terjadinya sesuatu yang di langit dan dibumi.

Oleh itu, janganlah kita berada dlm duka yang tidak bertepi jika kita tidak disayangi, kerana Allah sentiasa bersama kita. Dan janganlah sentiasa melayan ketidak puasan di hati sedangkan kita disayangi. Namun, kita adalah manusia, diciptakan Allah dengan perasaan emosi, jadi tidak salah untuk berasa duka dan bersedih, cuma biarlah ia hanya sesekali. Pujuklah diri, dengan harapan pada ALlah.

Bukanlah niat nota ini untuk membandingkan tetapi sebagai membuka pandangan utk memujuk hati.
Tabahlah wahai ibu/bakal ibu sekalian :)

'Rindunya hidup berbulan madu, dan berbadan dua..'

kerja

malas betul nak kerja rasanya..
hari isnin je beginilah jadinya..