10.3.10

Trip ke langkawi

Coretan pertama... Pada yang sudah baca , jangan segan silu untuk meninggalkan ulasan atau komen. Ulasan dan komen anda sangat di alu-alukan.

Coretan kali ini mengenai trip ke langkawi. Trip kali ini sebanyak 120 orang yang dimuatkan dalam 3 bas yang berasingan..bas persiaran namanya. Khas untuk orang yang nak bersiar-siar.

Bermula pukul 9 malam hari khamis, berkumpul di Maju Junction. Maka pukul 11 malam, bertolak dari Majudan tiba di Kuala Perlis Lebih kurang pukul 6 pagi. Sesampai di langkawi, daftar masuk hotel mandi, bersiap dan berkemas maka, pada pukul 11 pagi bermulalah aktiviti bersiar-siar di langkawi.

Hari Jumaat:

Destinasi pertama yang dilawati ialah kereta kabel Langkawi. Agak gayat disini, kalau di Genting, kereta kabelnya panjang, tetapi di Langkawi kereta kabelnya sangat curam. Perasaan pada masa itu, sudah tentu gayat. dibawah hijau di atas biru, kiri dan kanan putih berkabus, mujur disebelah ada yang tersayang~♥. Tiba di atas puncak, jambatan langit menanti, menyambut baik kedatangan kami. Panorama indah balasan diberi, kabus sayup-sayup membelai pipi, goyang-goyang sudah pasti, lompat-lompat tidak sekali, gambar kenangan tak ambil memang rugi.


Pandangan dari kereta kabel



Jambatan langit

Terus sahaja ke gua kelawar. Di mana ada siling gua maka di situ ada kelawar tidur. Senyap betul kelawar tidur, tiada masalah berkeruh, mengigau, semua tidur dengan satu gaya, sayap dijadikan selimut, selubung diri, kaki di kepala kepala di kaki.

Kemudian berliku sedikit pergi ke tempat ternakan ikan. Cerita menarik di kalangan ikan-ikan yang diternak disini mengenai ikan sumpit. Kebolehan ikan sumpit ialah dengan menyumpit air untuk menjatuhkan sesuatu. Gumpalan kecil roti ditempel di atas jeti, lalu ikan sumpit menyumpit roti tadi supaya jatuh. Kebolehan lain ikan ini ialah dengan melompat
keluar dari air untuk mengambil makanan. Jika dilihat sekali, agak menakutkan, tetapi ikan ini tiada gigi yang tajam, seolah-olah menangkap makanan menggunakan bibir.

video
Tengok betul², nanti boleh nampak ikan sumpit menyumpit.

Ikan pari pula sangat jinak, badannya boleh berbolak-balik (kuak lentang jika di takrifkan).


Ikan pari dengan gaya yang tersendiri


Kelawar sudah, ikan juga sudah maka lihat pulau pula di kilim geoforest. Ada rupa semulajadi terbentuk dari pulau ini iaitu bentuk muka (dipandang dari tepi) dan juga pulau berbentuk kasut.

Pulau dengan gambar muka

Pulau seperti bentuk kasut


Sebelum pulang, singgah sekejab di tempat helang turun cari makanan. Di sini terdapat 2 jenis helang. Helang yang biasa dilihat dan juga helang laut. Helang laut jarang dilihat, tubuh lebih besar dari
helang biasa, bewarna hitam dan putih dan hanya makan di atas pokok. Helang akan turun seekor demi seekor untuk mengambil makanan. Teringat lawak senario:

Raja: beta ada penyakit, beta dah beberapa hari tak dapat ketawa, sesiapa yang dapat buat beta ketawa maka beta akan bagi ganjaran.
Azli: Patik cuba ya tuanku.
Raja: silakan..
Azli: tapi dengan syarat bila saya berhenti maka tuanku mesti sambung dengan 'lepas tu?'.
Raja: Baiklah.

maka Azli memulakan ceritanya:

Azli: Begini tuanku. Di suatu tempat ada banyak burung datang untuk makan
Raja: lepastu?
Azli:Seperti biasa burung akan datang sekumpulan untuk mengambil makanan disitu.
Raja:lepastu?
Azli:maka datanglah seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung.
Raja:lepastu?
Azli:datang lagi seekor burung wakakakakakakakak
Azli: lepastu datang lagi seekor burung..wahahahakakaka huk huk huk hahahahaha (gelak tak ingat, disangkakan raja akan ketawa dengan lawaknya)

~~raja bengang~~

Akan tetapi, itulah situasi yang dapat dihayati disana..dalam lawak ada benarnya, helang akan turun seekor demi seekor untuk mengambil makanan.

Sabtu..

Aktiviti melawat pulau menanti. Pulau pertama menjadi persinggahan ialah pulau beras basah, bukan sahaja beras terbakar ada di langkawi, beras basah juga. Pantai cantik, kera banyak dan tandas tiada. Terus sahaja ke pulau dayang bunting. Wah..kagum sungguh disini, kaget sebentar, memang seperti perempuan tengah bunting.

Airnya hijau, rasanya tak masin, dalamnya tak tercapai, luas nya hamper 3 padang bola, ikan jinak bermain di kaki. Setengah hari bersantai disini menarik juga..tenangkan fikiran, kosongkan minda, bersihkan kaki (pada yang banyak penyakit tu boleh la rendam kaki supaya ikan boleh sedut semua) dan sekali lagi, tengok gelagat kera.

Pulau Dayang Bunting dan Tasik Dayang Bunting

Sepeninggalan drama dari pulau dayang bunting:


Kera jantan: yang yang, tolong cabutkan bulu abang ni..kalau ada kutu tolong cari sekali ye
Kera betina: bila masa plak aku jadi ayang dia.., muka kalau hensem takpe..ni muka dahla macam beruk..tapi kasih pada binatang pnye pasal..aku carik jugak la..


Map keseluruhan pulau dayang bunting..

Selesai sudah tempat-tempat yang di lawati. Antara tempat-tempat lain yang dikunjungi termasuk kilang gamat (masuk tangan dalam gamat panas tapi tak melecur), gudang batik, pantai chenang dan sudah tentu Haji Ismail Group..

kesemua pakej di atas termasuk tambang bas dan penginapan hanya RM 160 sahaja. Maka pada yang nak bercuti boleh renung² kan..Sekejab sahaja..bukannya lama. Tup tap tup tap balik jadi 2 beg, Bertolak hanya 1 beg sahaja..


tak faham langsung~~

Ahad pulang ke rumah..

5 comments:

  1. anyonghaseo! betul menyinggah aku ni.nway, gud start dzul.xsangka ko ada bakat berpantun mcm abg hashim..haha..so nxt time aku singgah lagi kalo ada new entry (^_^)v

    ReplyDelete
  2. abang hashim ada 1 pengumuman, kepada sesiapa yang nak ke blok F, bas ada disediakan di tempat biasa..

    ReplyDelete
  3. hahhhahhaha....ko nie x abis2 nk ajuk abg hashim tuh...wakakaka

    ReplyDelete
  4. marila ke redang klu berani

    ReplyDelete
  5. ala..hari tu aku nak pegi korang tak bagi..i merajuk tau..u all semua tatau..i bawa hati yang lara ini pergi tandas..lepas keluar..i lega..ape i cakap ni..

    ReplyDelete