7.5.10

untuk 3 hari lagi

lagi 3 hari menjelang hari itu
hari ibu
walaupun setiap hari juga merupakan hari ibu

jangan kau sedih
kau tetap ibu
walaupun belum ada bukti untuk katakan kau ibu
tapi kau tetap ibu
ibu bukan hanya pada mereka yang punya anak
atau mereka yang pernah melahirkan anak
ibu itu sifat
ibu itu rahmat
ibu itu tempat

untuk 3 hari lagi
aku seringkali teringat pada mereka yang belum atau sudah tetapi menjadi belum kembali
betapa kau mahu itu
betapa kau menangis setiap malam
betapa kau sedih dalam diam

kau tetap ibu
walaupun belum ada bukti untuk katakan kau ibu

yakinlah jika itu sifat mu maka kau memang ibu
seringkali aku baca luahan hati mu pada mereka yang jahanam di luar sana
aku bukan siapa siapa untuk cela mereka
tapi aku cela sifat mereka
walaupun mereka buangkan bukti bukti yang menjadikan mereka ibu
aku cela mereka

mereka bukan ibu
walaupun mereka punya bukti yang mengatakan mereka itu ibu..

untuk 3 hari lagi,
aku ucapkan selamat hari ibu pada kamu
ucapan yang belum pernah aku bagi pada mana mana ibu seperti kamu

jadilah ibu yang memang kau dah jadi itu
walaupun belum ada bukti untuk katakan kau ibu

untuk mereka yang masih belum:
maka aku sampaikan cerita di zaman dahulu kala
cerita yang hampir ramai orang tak tahu atau lupa

di kisahkan 2 pasangan sangat mahukan cahya mata
puas di cuba
tak dapat juga

maka mereka jumpa Nabi Allah Musa
mintakan Nabi Allah itu doakan supaya mereka peroleh pengubat luka
maka doa diperdengarkan pada yang maha Esa
kata Nabi Musa yang lebih kurang maksudnya
maka kamu berdua telah ditakdirkan begitu rupa
takkan bertiga

sedih tak terhingga di buatnya
tapi tak juga putus asa
selang berapa lama
maka mereka peroleh cahya mata
mereka bawa jumpa nabi Musa
lihat..kami sudah peroleh cahaya mata
kami sudah dapat sesuatu setelah sekian lama

maka Nabi Musa terpinga
sudah diberitahu sebelumnya yang takdir sebegitu
kata mereka,di hujung pelusuk kampung ada seorang tua
minta doa dari si tua maka makbul lah ia..

tanya Musa pada yang mencipta
maka disuruh mencari semangkuk darah dan seketul daging manusia untuk tahu kenapa..apa jawapannya..

maka seluruh tempat Nabi Musa mencari
tiada yang sudi
habis semua lorong, semua jalan di telusuri
masih tiada yang sudi

maka di cari pula di kampung kampung
belum ada seorang pun mahu memberi semangkuk darah dan seketul daging kepada yang Maha Mencipta
tiba di hujung kampung,jumpa si tua
kata si tua
jangankan semangkuk darah,berapa banyak pon boleh
maka di torehnya lengan
di picit picitkannya supaya darah memancut mancut untuk di beri kepada yang meminta
bila tiba daging yang dipinta
di cubit sana
di cubit sini
montoknya tiada
kerana si tua itu kurus mengelidi
kulit sahaja tinggal,kedut meliputi
di cari lagi
ada sedikit di pipi
maka di potongkan pipinya itu.

Maka Nabi Allah ucapkan terima kasih
maka dibawakan apa yang di pinta untuk mengetahui jawapannya

Kata yang mencipta,
sepatutnya kaulah yang pertama menawarkan untuk diberi darah dan juga seketul daging

maka fahamlah Nabi Musa
mengapa doa si tua itu di makbulkan

maka yang diluar sana
jangan putus asa
takdir itu Allah yang punya
kita jangan kata kita dah usaha
kita buat sahaja
kita tawakkal sahaja
selebihnya terpulang kepada DIA
biarkan yang ESA membuat keputusan
jangan kau katakan dah memang takdir ku begini, dah takdir kau begitu
katakan 'insyaAllah' katakan kata hikmat itu

jangan kau katakan 'dah takde..nak buat camne'
jangan kau katakan 'dah bukan rezeki kita'
jangan pula kau bertanya 'kenapa orang lain ada aku takde'

usahalah
ikhtiarlah
tawakkallah

dapat anak itu rezeki
tak dapat juga rezeki (kata kawan baru aku)

selamat hari ibu..untuk mereka yang ada sifat ibu..
biarpun katil malammu belum ada tetamu......

No comments:

Post a Comment