26.7.10

Sekiranya..

jawapan biasa artis sekiranya ditanya tentang..


Bila nak jumpa jodoh,suami macammana yang menjadi idaman hati?
'Sudah tentu saya mahu yang beriman,yang boleh membimbing saya dalam hal agama,saya bukannya memilih,bukanlah semestinya datuk-datuk atau ahli perniagaan,tetapi saya belum jumpa lagi yang betul betul memahami saya..'

Boleh ceritakan tentang aksi 'panas' untuk filem sekian sekian....
'saya pun tidak sedar yang aksi itu sebegitu sekali.kalau nak di ikutkan, sepatutnya tidak jadi begitu..bukan saya yang merancang untuk berpakaian begitu,bukan sengaja saya nak mendedahkan bahagian tubuh saya,tetapi setelah siap filem baru saya sedar yang aksi itu begitu seksi..'

Apakah komen tentang gambar cium yang sedang hangat disebarkan melalui internet?
'Saya menyedari perkara tersebut sebenarnya 'kesilapan yang tidak disengajakan' saya memohon maaf dan berterima kasih pada yang menegur saya. saya akan cuba untuk tidak 'mengulangi' perbuatan tersebut.

Apakah komen tentang gambar berpesta dengan air kuning di atas meja.
biasa lah mulut orang..saya bukannya berpesta tetapi hanya menyambut majlis hari jadi kawan, kebetulan saya berada berhampiran dengan meja yang ada air kuning tu.Orang ingat itu air saya..macammana saya nak tutup mulut orang..apa yang saya buat semua tak kena.

banyak lagi..
aku tak larat nak petik petik lagi
ayat ayat biasa yang di salin semula dan digunakan untuk situasi situasi yang berbeza..

'saya cuma melakonkan watak itu dengan sepenuh hati,saya mahu menjiwai watak itu,bukannya saya benar benar melakukannya'
'kami cuma berkawan..salah ke saya nak keluar dengan dia walaupun dia suami orang'
'gambar itu diambil untuk parti kecil kecilan dengan keluarga..tak sangka pulak ada orang manipulasi gambar tu'

ayat selamat nak kabur mata orang
tapi sebenarnya menunjukkan kebodohan diri sendiri
kalau sudah bukti depan mata,kau cakap aje lah ape,semua orang tak percaya..

sudah Allah kurniakan kamu cantik paras rupa
terpulanglah apa cara kau nak guna
untuk hidup yang sementara..

4 comments:

  1. ape komen anda bile anda digelar sipoyo?

    ReplyDelete
  2. 'saya tidak sedar akan perkara itu..setelah melihat semula barulah saya sedar..saya minta maaf pada semua rakyat malaysia atas 'kesilapan' yang telah dilakukan..'

    ReplyDelete
  3. celah mane rakyat malaysia mengenali anda, adakah anda sedar?

    ReplyDelete
  4. saya juga tidak menyedari akan 'kesedaran' itu..saya minta maaf lagi atas 'kesilapan' yang dilakukan..

    ReplyDelete